Kombinasi Terpelik Boba Sekarang! Ada Ke Korang Yang Berani Cuba?
Kombinasi Terpelik Boba Sekarang

Kombinasi Terpelik Boba Sekarang! Ada Ke Korang Yang Berani Cuba?

Minuman boba ini, satu ketika dulu sangatlah viral dan heboh diperkatakan sana sini. Berlumba-lumba orang nak cuba berlainan brand yang ada.

 

Tapi sekarang, boba dah diinovasikan kepada gabungan-gabungan yang bagi Anis pelik dan termasuk dalam list yang ragu-ragu untik Anis cuba! Jom kita tengok kombinasi terpelik boba abad ini!

#1 Ramen Boba

Maduners nak tahu tak, ramen boba ini wujud di Malaysia! Orchado Sabah adalah sebuah restoran ramen di Malaysia yang menyajikan hidangan ramen yang ditambah topping pearls boba yang kenyal dan juga disajikan dengan crabstick.

 

Aduh, Anis tak boleh nak berfikir dengan baik macam mana rasanya, agak-agak rasa pedas ramen itu digabungkan pula dengan rasa boba yang manis dan tekstur yang kenyal! Pelik!

#2 Pizza Boba

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shwen Lee (@shwenlee)

Untuk kombinasi yang kedua ini juga sudah boleh didapati di Malaysia. Dah banyak kedai pizza mula buat inovasi resipi pizza mereka dan menambah pizza boba dalam senarai menu.

 

Katanya, pizza boba ini rasanya manis hasil kombinasi cheese dan boba. Ada Maduners yang nak cuba tak?

#3 Sushi Boba

Uish, yang ini pun taknak kalah! Dah keluar pula sushi boba. Walaupun boba yang digunakan tak semanis boba dalam minuman, tapi untuk kombinasi ini pun Anis cannot brain. Boba dijadikan sebagai topping di atas sushi dan dihidangkan bersama mayonis untuk menambahkan rasa manis.

#4 Mamee X Tealive Spicy Mi Boba

Haaa! Kolaborasi baru antara Mamee dengan Tealive iaitu Spicy Mi Boba yang memang dapat banyak perhatian daripada netizen! Ada yang suka, ada yang kurang gemar dan ada juga yang jadikan kombinasi ini lebih menari, tambah aiskrim dan lain-lain lagi.

 

Yang menariknya pasal Spicy Mi Boba ini korang boleh try 2 cara yang berbeza iaitu sejuk ataupun panas.

 

Apa pendapat Maduners tentang kombinasi boba ini? Tengok gambar-gambar memang tercabar nak rasa, tapi cukup berani ke nak rasa kombinasi-kombinasi unik boba ini?

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment