Komedi dan Seram Merupakan Kombinasi yang Terbaik – Manis Madu

Komedi dan Seram Merupakan Kombinasi yang Terbaik

Apa pendapat Maduners bila tengok cerita hantu tapi kelakar? Kurang takut kan? Hehehe… Bukannya selalu dapat tengok gelagat hantu ni.

 

Artikel kali ni Madu akan share kat korang filem komedi horror pilihan hati Madu.

MALAY COMEDY HORROR

1. Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazim (@hazim_kamson) on

Pengarah: Mamat Khalid Lakonan: Awie, Johan Raja Lawak, Syed Mohamad Asri (Shy8) & Delimawati.

 

Kedatangan Hantu Kak Limah ke Kampung Pisang telah menjadi bualan ramai oleh penduduk di situ. Nampak cantik dari jauh tapi bila dah dekat, Maduners nak lari ke atau tunggu kat situ? Haaa…sekali nampak dia, bukan kaki je yang lari, orang yang patah kaki pun boleh lari tau hahahaha!!

2. Hantu Kak Limah (2018)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nasiayampapa® (@nasiayampapa) on

Pengarah: Mamat Khalid Lakonan: Awie, Rab Khalid, Sharwani NS, TJ Isa, Delimawati, Zul Ariffin dan Uqasha Senrose.

 

Sebelum ni hantu balik rumah, kali ni ke mana pulak hantu ni nak menghantui? Hahaha!!

 

Kisah kesinambungan daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) akan membuat Maduners pecah perut menyaksikan gelagat penduduk Kampung Pisang ni untuk cuba melarikan diri daripada hantu Kak Limah.

3. Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (2014)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by cintakitaygtakpernahjadi (@cintakitaygtakpernahjadi) on

Pengarah: Hashim Rejab Lakonan: Fad, Acey, Abam (Bocey), Epy Kodiang, Yassin.

 

Nasib 3 sekawan ni menjadi tunggang terbalik bila dapat tahu kawan mereka menghantui mereka. Agaknya kenapa hantu ni nak kacau mereka? Padahal mereka kawan baik kut. Perjalanan 3 sekawan ni akan membuat Maduners gelak ketawa melihat telatah mereka menyelesaikan misteri di sebalik kematian kawan mereka. Kalau belum tonton filem ni, cepat-cepat pergi tonton sekarang.

ENGLISH COMEDY HORROR

4. Scooby Doo The Movie (2002)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by What’s_a_Good_Movie? (@whats_a_good_movie) on

Pengarah: Raja Gosnell Lakonan: Freddie Prinze Jr., Sarah Michelle Gellar, Matthew Lillard, Linda Cardellini, Neil Fanning.

 

Siapa yang tidak kenal dengan kartun Scooby Doo? Scooby Doo and the gang tak pernah mengecewakan penonton dengan gelagat mereka bila berjumpa dengan hantu. Kali ni kartun ini ditayangkan dalam bentuk filem dan bukan kartun seperti dahulu. Percaya atau tidak Maduners, kanak-kanak pun boleh suka menonton filem ni. Scooby Doo and the gang percaya bahawa kat dunia ni mana ada hantu tapi tengoklah apa jadi bila dah nampak satu. Langkah seribu dibuatnya. Hahahaha!!!

5. Ghostbuster (2016)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ghostbusters (2016) (@ghostbusters2016) on

Pengarah: Paul Feig Lakonan: Kristen Wiig, Melissa McCarthy, Kate McKinnon, Leslie Jones, Chris Hemsworth.

 

Nak tengok wanita selamatkan dunia? Haaa Maduners kenalah tonton filem ni. 4 sekawan ini menggunakan alatan canggih untuk menghapuskan hantu yang cuba untuk mengacau manusia. Walaupun mereka kelihatan lemah, tapi semangatnya lebih tinggi dari jangkaan kita tau.

6. Happy Death Day (2017)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Happy Death Day 2U (@happydeathdaymovie) on

Pengarah: Christopher Landon Lakonan: Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine, Phi.

 

Sambutan hari jadi, menjadi hari kematiannya? Siapa tetamu yang tak diundang ni yeah? Dia dibunuh tetapi keesokan harinya dia hidup semula. Boleh jadi gila dibuatnya. Mesti Maduners tertanya-tanya macam mana ni boleh terjadi betul tak? Kalau koranglah, apa yang akan korang akan buat? Haaaa jawapannya ada di filem ni.

KOREAN HORROR COMEDY

7. Hotel Del Luna (2019) Siri TV

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝕯𝖎𝖟𝖎 & 𝕱𝖎𝖑𝖒 𝕻𝖑𝖆𝖓𝖊𝖙 (@dizifilmplanett) on

Pengarah: Oh Choong-hwan Lakonan: Lee Ji-eun, Yeo Jin-goo, Shin Jung-geun, Bae Hae-sun, Pyo Ji-hoon, Kang Mi-na.

 

Cinta tidak mengenal rupa tapi bagaimana bila melibatkan hantu dengan manusia? Dalam dua dunia yang berbeza, mereka dipertemukan di hotel yang bernama Del Luna. Tetapi selamatkah untuk mereka bercinta walaupun cinta mereka terlarang? Kisah cinta yang dipenuhi dengan hantu akan buat Maduners geli hati melihat gelagat mereka apabila bercinta.

 

Gais, siri TV Hotel Del Luna pasti tidak akan mengecewakan anda, seram, lawak dan romantik gais..

8. Bring It On Ghost (2016)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by REVIEW DRAMA KOREA (@dramakoreareview) on

Pengarah: Park Joon-hwa, Myung Hyun-woo Lakonan: Ok Taec-yeon (2PM), Kim So-hyun, Kwon Yul

 

Kolaborasi antara manusia yang mempunyai deria keenam dengan hantu baik VS hantu yang jahat? Wahh lain daripada yang lain ni, Maduners. Kalau Madu dah lari bila nampak hantu, hahaha!! Sebelum ini mereka merupakan manusia biasa, agaknya apa yang buat mereka jadi begini? Mampukah mereka melawan hantu kuasa jahat ini? Of course! Seperti tajuknya sendiri, Bring it on Ghost!

9. The Master’s Sun (2015)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Villaraza (@suede_razors_1977) on

Pengarah: Jin Hyuk Lakonan: So Ji-sub, Gong Hyo-jin, Seo In Guk, Kim Yoo-ri.

 

Kisah cinta antara CEO yang sombong dan gadis yang boleh melihat hantu ni is a must watch! Bukannya selalu dapat tengok pasangan duo ni berdepan dengan hantu betul tak? Walaupun mereka dari kedudukan yang berbeza, cinta mereka mampu menghalau kedatangan hantu ini dari mengacau mereka.

10. Lovely Horribly (2018)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KBS2 Lovely Horribly (@lovelyhorribly_official) on

Pengarah: Lakonan: Park Si-Hoo, Song Ji-Hyo, Lee Gi-kwang, Ham Eun-jung, Choi Yeo-jin.

 

Lahir pada waktu yang sama tapi nasib yang berbeza. Apabila idola terkenal bertemu dengan penulis skrip, mereka dijemput oleh sesuatu yang mula menghantui hidup mereka. Walapun begitu, mereka tidak akan jadikan itu sebagai halangan kerana bila ada antara satu sama lain, semua yang mustahil akan nampak tidak mustahil.

Post a Comment