Konnichiwa! Marrybrown Kini Bawa Rasa Jepun Ke Malaysia Dengan Menu Oishii! – Manis Madu
Konnichiwa! Marrybrown Kini Bawa Rasa Jepun Ke Malaysia Dengan Menu Oishii!

Konnichiwa! Marrybrown Kini Bawa Rasa Jepun Ke Malaysia Dengan Menu Oishii!

Bercuti ke Jepun untuk rasa makanan Jepun? Tak perlulah sebab Maduners sekarang boleh serbu Marrybrown untuk rasa menu oishii baharu mereka!

 

Ya! Betul! Marrybrown baru-baru iniĀ  melancarkan menu oishii baharu mereka dengan rasa Teriyaki Wasabi! Korang kena cepat-cepat rasa menu baharu ini dengan ke cawangan Marrybrown di seluruh negara kerana ianya hanya ada bermula sekarang sehingga 7 Ogos sahaja!

DSC08226 (1)

Pelancaran menu baharu ini merupakan satu usaha Marrybrown untuk menghidangkan sesuatu yang unik kepada pelanggan setia dan juga merupakan inisiatif dari kempen Around The World yang mana salah satu cara Marrybrown berkongsi variasi menu dari serata dunia seperti Korea, Thailand dan Itali! Kali ini menu baru berinspirasikan rasa-rasa unik dari negara Jepun.

DSC08147 (1)

Menu Marrybrown Oishii Jepun ini berfokuskan kepada gabungan unik sos Teriyaki yang memberikan rasa manis bersama wasabi dengan rasa pedas! Jarang dengar teriyaki gabung dengan wasabi, unik menu Marrybrown kali ini!

 

Maduners kini boleh pergi ke Marrybrown untuk rasa menu baharu dengan beberapa pilihan kombo menarik seperti:

Kombo 2 ketul Ayam Oishii bersama Potato Wedges dan Sakura Fizz – RM20.50

DSC08160 (1)

Kombo Oishii Rice Bowl bersama Sakura Fizz – RM12.90

DSC08231-copy (1)

Kombo Burger Marrybrown Oishii (Burger Oishii, Potato Wedges & Sakura Fizz) – RM15.30

photo_6188204256515961666_y (1)

Oishii Box Meal (Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, Potato Wedges & Sakura Fizz – RM23.90

photo_6188204256515961669_y (1)

Syaz sendiri dah rasa Oishii Box Meal yang ada burger dan ayam dan tidak boleh dinafikan rasanya unik, sedap dan tak boleh disamakan dengan mana-mana menu lain dari restoran makanan segera lain!

 

Kalau Maduners nak tahu rasanya macam mana, boleh cuba sekarang dekat cawangan Marrybrown terdekat dengan anda!

DSC08235-copy (1)

Post a Comment