Konon Borong Semua Belon, Niat Sebenar Pemuda Buat Ramai Tak Sangka! – Manis Madu
Konon Borong Semua Belon, Niat Sebenar Pemuda Buat Ramai Tak Sangka!

Konon Borong Semua Belon, Niat Sebenar Pemuda Buat Ramai Tak Sangka!

Budaya ‘prank’ sudah banyak dilakukan oleh generasi muda tidak kira sebagai kandungan di media sosial atau sekadar bergurau sesama rakan-rakan. Kebanyakan prank yang dimuat naik di media sosial akan mendapat kritikan daripada netizen. Padanlah, prank yang dibuat melampau sangat!

 

Baru-baru ini tular di media sosial satu prank dilakukan oleh seorang pemuda di Indonesia yang meraih perhatian warganet. Video prank tersebut menunjukkan seorang lelaki berusia berbaring di sebuah taman sebelum didekati seorang pemuda secara terhendap-hendap.

@aidanmrzBangun-bangun langsung laris

♬ Face Dance – Funny Tok

Pemuda yang juga dalang kepada prank tersebut kemudian meletakkan beberapa biji belon bersebelahan pakcik yang sedang tidur itu lalu menghampirinya semula untuk membeli belon-belon yang diletakkannya.

 

Pakcik berkenaan serta-merta terjaga dari tidur dan terkejut kerana secara tiba-tiba didatangi pemuda yang ingin membeli belon dan belon-belon itu bukan kepunyaannya.

 

“Ini bukan belon saya. Tak, saya bukan penjual belon,” ujar pakcik berkenaan.

 

Namun, pemuda itu masih berkeras mahu ‘memborong’ semua belon-belon itu dan memberi wang sebagai bayaran lalu meninggalkan pakcik itu dengan terpinga-pinga.

 

Prank yang dilakukan pemuda itu juga dilihat berjaya melihat kepada reaksi netizen setelah menonton video berkenaan. Rata-rata ‘meluluskan’ prank tersebut selain terhibur dengan gelagat pemuda itu.

 

“Ni je genre prank yang aku boleh terima. Ngakakkk,”

 

The only prank we should approve,”

 

The real ‘tidurlah, mana tau bila bangun ada orang bagi duit’,”

 

“Dia bagi duit aku start tersengih, lain plot twist dia,”

 

Video tersebut mendapat 17 juta tontonan, 1 juta tanda suka di laman TikTok dan dihujani dengan komen-komen lucu yang terhibur melihat gelagat pemuda itu.

Post a Comment