Korang Minat Sos Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Di Llaollao? Wajib Cuba 4 Resepi Karamel Mudah & Sedap Ini!
Antara jenama aiskrim yogurt yang terkenal dan menjadi pilihan ramai di Malaysia, sudah tentu Llaollao! Walaupun baru-baru ini naik harga sedikit tetapi masih jadi kegilaan orang ramai!
Tapi sejak kebelakangan ini, Syaz perasan ramai yang merungut di media sosial berkenaan sos yang diletakkan staff Llaollao kadang-kadang terlalu sikit! Ada yang kongsi tip kena rakamlah baru dapat sos banyak, itulah inilah.
Mungkin itu memang ukuran jumlah sos yang boleh diletakkan oleh staff, jadi kita kena redha sajalah.
Tapi Syaz tahu ramai diluar sana memang minat dengan sos karamel ataupun perisa karamel itu sendiri, bahkan Syaz sendiri tergila-gila makanan yang berperisa karamel, kalau ditambah lagi sos karamel, nikmatnya!
Alang-alang dah cerita pasal perisa karamel, Syaz nak kongsikan dengan Maduners 4 resepi menggunakan sos karamel yang mudah dan ringkas dan gerenti sedap untuk korang cuba masak sendiri! Jomzzzzz!
Caramel Candy
Kita mulakan dengan resipi paling mudah, gula-gula karamel!
Bahan-bahan
- 1 cawan mentega atau marjerin
- 1 paun (500 grams) gula perang ringan
- 1 tin susu pekat manis ((500 grams)
- 1 cawan sirap jagung ringan
- 1 secubit garam
- 1 ½ sudu teh ekstrak vanila
Cara Memasak
- Dalam periuk atas api sederhana masukkan mentega, gula perang, susu pekat manis, sirap jagung dan garam.
- Didihkan dan penting untuk sentiasa kacau! Nanti hangus!
- Panas suhu adunan tersebut antara 234 dan 240 darjah F (112 hingga 116 darjah C)
- Masak selama 2 minit pada suhu tersebut. Keluarkan dari api dan masukkan vanila.
- Sementara itu, mentegakan loyang 9×13 inci. Apabila karamel sudah siap, tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu mentega.
- Biarkan sejuk sepenuhnya pada suhu bilik. Keluarkan dari kuali dan potong segi empat sama atau ikut bentuk kesukaan korang.
- Balut kepingan individu dalam kertas lilin atau selofan.
Dah siap gula-gula karamel! Simple dan sedap uolsss!
Aiskrim Karamel
Untuk resipi aiskrim karamel ini mudah saja tapi anda perlukan mesin pembuat aiskrim!
Bahan-bahan:
- 1 1/4 cawan gula
- 2 1/4 cawan heavy cream
- 1/2 sudu teh garam laut
- 1/2 sudu teh ekstrak vanila tulen
- 1 cawan penuh susu
- 3 biji telur besar
Cara Memasak:
- Panaskan 1 cawan gula dalam kuali besar yang kering di atas api sederhana, kacau dengan garpu untuk memanaskan gula secara sekata, sehingga ia mula cair, kemudian berhenti mengacau dan masak, gerakkan kuali sekali-sekala supaya gula cair sekata sehingga warna gula sedikit keperangan.
- Tambah 1 1/4 cawan krim dan masak, kacau, sehingga semua karamel bercampur dengan baik. Pindahkan ke dalam mangkuk dan kacau dengan garam laut dan vanila. Sejukkan pada suhu bilik.
- Sementara tunggu adunan tadi menyejuk, bawa susu, baki krim dan baki 1/4 cawan gula hanya untuk mendidih dalam periuk, kacau sekali-sekala.
- Pukul telur sedikit dalam mangkuk sederhana, kemudian masukkan separuh adunan susu panas secara perlahan, kacau sentiasa.
- Tuangkan kembali ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana, kacau sentiasa menggunakan sudu kayu, sehingga kastard menutupi belakang sudu dan mencatatkan 170°F pada termometer (jangan biarkan mendidih).
- Tuangkan kastard melalui ayak berjaring halus ke dalam mangkuk besar, kemudian kacau dengan karamel yang telah disejukkan.
- Sejukkan kastard, kacau sekali-sekala, sehingga sangat sejuk, 3 hingga 6 jam.
- Bekukan kastard dalam mesin pembuat aiskrim (ia akan menjadi agak lembut), kemudian pindahkan ke bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk mengeras.
Caramel Apple French Toast
Bahan-bahan:
- 1 buku roti perancis
- 6 biji telur
- 1 1/2 cawan susu
- 1/3 cawan gula
- 1 sudu besar vanila
- 6 biji epal (dikupas dan dihiris)
- 1/2 cawan gula perang
- kayu manis
- buah pala
- 1 balang sos karamel
Cara Memasak
- Potong roti menjadi kepingan besar (kira-kira 3 inci lebar) dan susun dalam loyang 9×13 inci yang disapu dengan minyak.
- Dalam mangkuk besar pukul bersama telur, susu, gula, dan vanila. Tuang adunan ke atas kepingan roti. Susun epal di atas roti.
- Taburkan serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan gula (taburkan gula perang paling banyak) di atas epal.
- Tutup dan sejukkan semalaman.
- Pada waktu pagi bakar selama 1 jam pada suhu 350 celcius sehingga perang keemasan.
- Hiaskan dengan sos karamel kegemaran sebagai topping. Lagi banyak lagi sedap!
Dah siap caramel apple french toast, sesuai sebagai sarapan ataupun makan petang, buat sebagai pencuci mulut pun boleh!
Caramel Coffee Parfait
Bahan-bahan:
- Fresh Cream – 1 cawan (250 ml)
- Biji kopi – 1 sudu besar (15 g)
- Vanila – 1/2 batang
- Telur – 3 kuning telur
- Gula – 1 2/3 sudu besar (25 g)
- Sos karamel – 2/3 cawan (150 ml)
Cara Memasak
- Letakkan lebih sedikit daripada 1/3 krim dalam periuk di atas dapur untuk dididihkan bersama-sama dengan biji kopi.
- Kemudian letak tepi dan biarkan selama 3 jam untuk sejuk dengan sepenuhnya supaya krim tersebut menyerap rasa kopi dengan baik.
- Kemudian tapis dan adun acuan tersebut menggunakan whisk sehingga mengembang.
- Kikis pod vanila yang dibelah dan masukkan ke dalam kuning telur dan gula yang telah dipukul dengan baik.
- Perlahan-lahan campurkan adunan tersebut dengan spatula bersama krim sehingga anda mendapat adunan yang licin.
- Masukkan parfait kopi karamel dalam cawan yang sesuai yang mana anda telah tuangkan sedikit sos karamel terlebih dahulu di sepanjang sisi.
Kemudian boleh tuang lagi sos karamel di atas sebagai topping dan tambahan perisa karamel yang lebih ummmphhh!
Masukkan parfait ke dalam peti sejuk, dan keluarkan 1 jam sebelum dimakan!
Itu dia 4 resipi Syaz dah kongsi, kalau susah boleh tengok video yang Syaz sekalikan bersama resipi-resipi berfokuskan karamel!
Lepas dah cuba semua kongsi yang mana resipi kesukaan anda!
Sumber: Inspired Taste, Epicurious, Fav Family Recipes, Tasty Craze