Koreografi Cierra Nichols meminta maaf kepada BLACKPINK Lisa – Manis Madu

Koreografi Cierra Nichols meminta maaf kepada BLACKPINK Lisa

Siapa je yang tak kenal Queen of Kpop dancer, Lisa dari BLACKPINK? Dia merupakan salah seorang idola yang Madu suka dalam BLACKPINK tau! Madu sendiri menggelar diri ni BLINK semenjak mereka mula debut lagi. Lisa telah mendapat pujian yang tinggi untuk tarian hebatnya tetapi ada juga orang yang tidak menyukainya.

Cierra Nichols, seorang koreografer yang menari kepada lagu “Mushroom Chocolate” dari QUIN dan 6LACK telah menuduh BLACKPINK Lisa kerana telah mencuri ideanya untuk menari kepada lagu itu.

Cierra meluahkan perasaannya di dalam Instagram story dengan menyatakan “In today’s episode of ‘Let’s Steal from Black People’ a Korean singer gets 7.8 million views in a day using most of your choreography. Love that for us,”. Selepas itu di dalam akaun Twitter pula dia mengatakan begini “Convinced people can’t read. I know to credit someone if I clearly pulled from it. I seen the inspiration the girl looks great.”

 

BLINK yang merupakan nama fanbase untuk BLACKPINK telah menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap Cierra kerana telah menuduh BLACKPINK Lisa kerana mencuri idea tarian pada awalnya.

Ramai daripada BLINK telah memberi komen yang buruk dan negatif kepada Cierra kerana luahan yang ditulis di dalam media sosialnya sehingga dia terpaksa menutup bahagian komen di Instagramnya. BLINK juga telah membuat siasatan bahawa koreagrafi yang BLACKPINK Lisa menari dan Cierra menari sangatlah berbeza, yang sama hanyalah dari istilah estetika.

Cierra dengan segera memuat naik gambar yang mengatakan bahawa dia meminta maaf secara terbuka kepada artis BLACKPINK Lisa, company YG Entertainment, Ha, and Bloc Talent Agency kerana telah membuat tuduhan yang begitu.

 

Dia juga sedar bahawa tindakkannya ini telah mengajarnya erti rahmat dan kerendahan hati. Madu harap selepas ni jangalah kita menuduh sembarangan jika tidak ia hanya akan memalukan diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

🌹

A post shared by C. Nichols (@cappin.c) on

Post a Comment