Kreatif! Wanita Ini Tunjuk Mekap Tutorial Semasa Dalam Penjara! – Manis Madu
Wanita Ini Tunjuk Mekap Tutorial Semasa Dalam Penjara

Kreatif! Wanita Ini Tunjuk Mekap Tutorial Semasa Dalam Penjara!

Lumrah menjadi seorang wanita, mana-mana kita pergi mesti nak pakai mekap untuk nampak cantik….kecuali bila nak ambil barang daripada abang posmen, betul tak?

 

Kali ni, Madu nak sharekan pengalaman daripada seorang Youtuber yang memuat naik video mekap tutorial ketika dia berada di penjara. So, siapa yang cakap gegirls pakai mekap sebab nak nampak cantik di mata lelaki salah okay!

Di Amerika, county jail atau penjara yang dikhaskan untuk banduan yang membuat jenayah ringan mempunyai akses yang kurang apabila melibatkan produk mekap.

 

Jadi, wanita-wanita yang berada di sana harus kreatif untuk membuat mekap atau ‘fakeup’ tersendiri. Kebiasaannya mereka akan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada seperti losyen, makanan, deodorant dan sebagainya.

1. Majalah dan Deodrant (Eyeshadow)

Eyeshadow

Siapa sangka yang kita sebenarnya boleh membuat eyeshadow dengan hanya menggunakan majalah dan deodorant sahaja? Di dalam video yang dikongsikan oleh Lizzie Kommes, dia hanya menggosokkan deodorant pada kertas majalah yang dimilikinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WhatHeWants Official Store (@whathewants_online_store) on

Warna pula boleh dipilih mengikut kegemaran tersendiri. Calit, calit, calit di bahagian mata dan eyeshadow korang akan siap. Kalau nak lebih kemas, hanya perlu gunakan kapas telinga untuk membetulkan sebarang kesilapan. Inovatif betul wanita-wanita ini!

2. Pensil dan Vaseline (Celak Mata)

Dalam penjara pun mesti nak ada eyeliner-on-fleek! Cuma kena kreatif sikit sebab di sana tiada eyeliner sebenar yang dijual. Cara-cara untuk membuat celak mata adalah dengan menggunakan pensil dan Vaseline. Ya, betul pensil! Terkejut juga Madu bila dapat tahu.

blue-pencil

Gosokkan pensil untuk melukis garis hitam dan tebal pada sehelai kertas atau di penjara mereka selalunya menggunakan dinding. Celupkan pensil tadi dalam Vaseline dan gosokkan balik pada garis hitam di kertas tersebut. Gumpalan hitam akan terhasil dan itulah ‘eyeliner’ yang akan dipakaikan pada bahagian mata. Wahhhh teringin pula nak cuba!

3. Vaseline dan Serbuk Kopi Segera (Maskara)

vaseline-and-coffee

Untuk mendapatkan bulu mata yang lentik, wanita ini mengatakan bahawa dia hanya menggunakan serbuk kopi segera, Vaseline dan sedikit air.

 

Campurkan sahaja ketiga-tiga bahan tersebut dan salutkan ‘maskara’ pada kapas telinga dan ianya sedia untuk dipakai. Tak perlu buang duit untuk pakai maskara Maybelline, betul tak?

4. Red Kool-Aid dan Vaseline (Gincu)

Red kool-ai-768

Red kool-aid ini kalau korang nak tahu, ianya adalah sejenis gula-gula yang dijual dalam bentuk serbuk. Wanita-wanita yang berada di penjara menggunakan serbuk gula-gula yang bewarna merah ini untuk mendapatkan warna bibir yang lebih merah. Ianya disalutkan dengan Vaseline terlebih dahulu untuk memudahkan proses pemakaian gincu DIY mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JunkFoodOnTheGo (@junkfoodonthego) on

5. Losyen, Bedak dan Kopi (Foundation)

bobbi-brown-foundation

Melalui tutorial yang dikongsikan oleh Jessica Kent pula, cara dia membuat foundation adalah dengan mencampurkan losyen, bedak Baby’s Johson dan akhir sekali air kopi. Kalau nak lebih gelap warna foundation itu, lebihkan sikit air kopi yang telah dibancuh. Lain macam betul! Tapi itulah antara salah satu cara untuk membuat foundation semasa berada di penjara.

6. Anting-anting (Sikat)

hairbrush-comb

Tidak lupa kepada aksesori tambahan untuk melengkapkan lewk ‘jailhouse makeup’, ianya adalah anting-anting yang diperbuat daripada sikat plastik ini! Patahkan sahaja gigi-gigi sikat ini dan ianya boleh terus dipakai pada telinga atau mana-mana anggota badan yang mempunyai lubang tindik.

 

Menurut Jessica, kebiasaannya wanita di penjara memakai ‘anting-anting’ ini untuk mengelakkan lubang tindikan mereka tertutup. Inilah definisi sebenar ‘beauty is pain!

 

Kepada Maduners di luar sana yang tertanya mengapa wanita-wanita ini bersusah-payah untuk mendapatkan mekap, inilah jawapan ringkas dan padat untuk Maduners:

why-need-makeup-in-jail

Tak salah pun nak nampak cantik, setuju tak? Apa yang penting kita dapat gembirakan hati sendiri!

 

~Stay Safe Maduners!~

Post a Comment