Kreatif! Wanita Manfaat Mesin Basuh & Peti Sejuk Rosak Sebagai Pasu Untuk Bercucuk Tanam – Manis Madu
Kreatif! Wanita Manfaat Mesin Basuh & Peti Sejuk Rosak Sebagai Pasu Untuk Bercucuk Tanam

Kreatif! Wanita Manfaat Mesin Basuh & Peti Sejuk Rosak Sebagai Pasu Untuk Bercucuk Tanam

Tak ada pasu untuk tanam pokok? No problem! Itu tidak menjadi masalah besar buat wanita yang bertindak menanam pokok keladi kesayangannya di dalam sebuah mesin basuh. Ya, mesin basuh!

 

Tahap inovasi wanita ini tidak terhenti di situ tetapi turut menjadikan peti sejuk pemberian arwah suaminya sebagai tempat letak bunga. 

 

Perkara ini merujuk kepada satu perkongsian yang dilakukan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nia_syaqiera tentang hasil kerja ibunya yang mula bercucuk tanam sejak tahun 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Founder ROHINA 🤍 (@niasyaqiera)

Menurutnya, ibunya mula melakukan inovasi kreatif apabila menyertai pertandingan laman terindah sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

 

“Syarat pertandingan antara kampung tu adalah kena jadi kreatif, maka dari situ Nia dan mama terfikir nak guna peti sejuk yang lama,” katanya.

 

Tambah Nia, walaupun peti sejuk itu sudah rosak, namun peti tersebut mempunyai nilai yang tersendiri buat ibunya.

 

“Peti sejuk tu dah lama sangat, arwah abah belikan untuk mama jadi mama tak sampai hati nak jual pada lori besi buruk yang selalu minta nak beli, mama simpan je walaupun dah rosak.

 

“Sebelum ni terbengkalai je di sebelah rumah, kemudian kami ambil dan jadikan tempat simpan bunga. Mungkin asbab peti ni juga mama dapat nombor satu dalam pertandingan tu,” katanya.

 

Tidak cukup dengan peti, ibunya juga turut menggunakan mesin basuh mereka yang sudah rosak sebagai pasu bunga.

Post a Comment