Kucing Jalanan Berjaya Pujuk Wanita Beli Makanan Kucing Kegemarannya – Manis Madu

Kucing Jalanan Berjaya Pujuk Wanita Beli Makanan Kucing Kegemarannya

Syaz harap sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan ini, Maduners tidak lupakan haiwan-haiwan jalanan yang sedang kelaparan.

 

Baru-baru ini tular di media sosial, seekor kucing jalanan yang berjaya meraih perhatian seorang wanita untuk membeli makanan kucing yang dipilih sendiri oleh kucing tersebut di sebuah pasar raya.

 

Mungkin kedengaran agak lucu tetapi perkara ini yang berlaku kepada Tania Lizbeth Santos Coy Tova yang berkongsi cerita tersebut.

Kisah tersebut bermula apabila Tania terlihat seekor kucing jalanan sedang memerhatikannya berdekatan sebuah pasar raya di Piedras Negras, Mexico.

 

Setelah berjaya meraih perhatian Tania, kucing tersebut cuba mengiringinya memasuki ke dalam pasar raya.

Sumber Gambar: Boredpanda.com

Tindakan kucing jalanan tersebut bukan sahaja berjaya memujuk Tania untuk membelikan makanan kucing tersebut bahkan juga sehingga Tania membuat keputusan untuk memeliharanya.

Kini, kucing tersebut diberi nama Conejo yang bermaksud arnab kerana dia tidak mempunyai ekor.

Semoga kehidupan kucing bernama Conejo ini lebih bahagia dan meraih kasih sayang daripada Tania serta tidak lagi perlu meminta simpati untuk mendapatkan makanan.

Post a Comment