Kulit Wajah Alami Breakout? Ketahui Cara Atasinya Dengan Mudah – Manis Madu
kulit wajah alami breakout

Kulit Wajah Alami Breakout? Ketahui Cara Atasinya Dengan Mudah

Ramai yang kata kalau nak kulit cantik dan elak breakout kena susun skincare elok-elok, ada juga yang kata perlu minum air putih banyak-banyak tapi bukan itu saja!

#1 Elakkan Produk Whitening

Elakkan Produk Whitening

Sumber Gambar: scmp.com

Produk putihkan kulit ini dekat negara kita bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

 

Ramai yang nak jadi putih tapi langsung tak tahu apa bahan ada dalam sesuatu produk.

 

Produk pemutih ini kalau bahan dia selamat tapi kalau nak putih pastikan korang selesaikan dulu masalah jerawat yang ada.

 

Ingat, bila muka anda ada jerawat kemudian korang sapukan dengan produk pemutih kulit maka jerawat itu akan jadi lagi teruk sebab jerawat itu ada luka terbuka jadi rawat jerawat dulu!

#2 Lap Wajah Guna Tisu Bersih

Lap Wajah Guna Tisu Bersih

Sumber Gambar: facetofeet

Ini memang selalu kita abaikan, benda yang kita selalu buat untuk lap wajah kita lepas cuci wajah adalah guna tuala yang sama kita guna untuk mandi.

 

Salah! Anda tak boleh guna tuala mandi untuk lap muka tapi kena ada tuala khas atau lebih baik tisu pakai buang untuk wajah anda.

 

Bila kita lap wajah, kuman akan melekat di tisu atau tuala tersebut jadi jangan kita guna tuala yang sama untuk lap di lain waktu.

 

Kalau ada tuala khas untuk wajah, pastikan ianya dibasuh setiap hari dan diletakkan dengan sedikit antiseptik.

#3 Elakkan Scrub Muka

Elakkan Scrub Muka

Sumber Gambar: dermascope

Ini paling pantang sekali! Jangan sesekali anda scrub wajah ketika sedang breakout. Sebabnya tekstur scrub itu sangat kasar dan bila anda gosok scrub di wajah yang berjerawat pasti jerawat akan luka dan terdedah dengan persekitaran kotor.

 

Jadi bila dah terkena habuk ataupun kotoran maka jerawat akan jadi lagi teruk!

#4 Boleh Ke Picit Jerawat?

Boleh Ke Picit Jerawat?

Sumber Gambar: xtra.com

Boleh kalau nak picit tapi pastikan picit sampai betul-betul habis kotoran.

 

Apa maksud bersih? Maksudnya sampai darah semua habis dan dah keluar kotoran yang berwarna putih jadi maksudnya kotoran itu dah habis.

 

Selain itu pastikan juga jari anda bersih dan jangan sesekali picit guna kuku! Jadi Maduners semua, bolehlah amalkan tips yang Fazlan bagi ini dan nanti anda akan nampak hasilnya.

 

Kebersihan itu paling utama!

Post a Comment