Kurang Ajar! YouTuber Tarik Tudung Wanita Sebagai ‘Content’ Buat Netizen Bengang – Manis Madu
Kurang Ajar! YouTuber Tarik Tudung Wanita Sebagai ‘Content’ Buat Netizen Bengang

Kurang Ajar! YouTuber Tarik Tudung Wanita Sebagai ‘Content’ Buat Netizen Bengang

Satu perkongsian di laman Twitter semalam mengundang amarah netizen berikutan tindakan seorang ‘content creator’ yang disifatkan biadap dan kurang ajar semasa merakam video untuk saluran YouTube nya.

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut memaklumkan bahawa dia sedang membuat satu video katanya bertujuan eksperimen sosial yang mana dia akan secara sengaja menarik tudung yang dipakai mana-mana wanita dijumpainya secara rawak.

 

Percubaan keduanya ketika itu menyasarkan seorang wanita yang sedang membuat panggilan telefon. Lelaki berkenaan menghampiri wanita itu dan menarik tudung yang dipakai secara kasar. Nasib baik tak tertanggal!

 

Pada awalnya dia melarikan diri setelah melakukan perbuatan biadap itu namun kembali bertemu wanita itu untuk memohon maaf.

 

Lelaki berkenaan menjelaskan bahawa tindakannya hanya bertujuan untuk melihat reaksi wanita berkenaan sama ada marah atau tidak setelah diperlakukan sebegitu.

 

Wanita itu sempat memberi nasihat kepada lelaki berkenaan untuk tidak melakukan perkara sebegitu terutamanya kepada warga emas.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa berang dan kesal dengan tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan biadap dan sanggup melakukan perkara bodoh demi ‘content’.

 

“Bodoh ke jantan ni? Kena dekat aku ni memang mendapat dah ni, biadap sangat eeei,”

 

“WTF???? Content tak content, tudung senget pun boleh badmood seharian. Takde, kalau dengan aku teruk kau. Aku tarik rambut pulak biar rontok,”

 

Dalam masa yang sama, ramai menasihatkan agar membuat laporan terhadap saluran YouTube ‘content creator’ berkenaan supaya tidak lagi dapat diakses orang ramai sebagai pengajaran atas tindakan kurang bijaknya itu.

Post a Comment