“Kusam Betul Kulit Muka Kau!” Ramai Lagi Tak Tahu Apa Itu Exfoliate! – Manis Madu
Apa-Itu-Exfoliate

“Kusam Betul Kulit Muka Kau!” Ramai Lagi Tak Tahu Apa Itu Exfoliate!

Exfoliate? Exfoliation? Perkataan ini adalah antara perkataan yang selalu disebut-sebut dalam skincare. Dalam pasaran juga terdapat banyak produk berkaitan exfoliation yang dijual.

 

Apa itu exfoliation dan kenapa jika tak dilakukan kulit boleh kusam dan skincare tidak berkesan?

Khai-Xuen-ManisMadu

Exfoliate adalah proses menyingkirkan sel kulit mati dari permukaan kulit muka. Untuk pengetahuan Maduners, kulit kita akan membuang sel kulit mati untuk memberi ruang pada sel kulit baru secara semulajadi setiap 30 hari.

 

Namun, kadangkala sel kulit mati tersebut tidak dapat dibuang sepenuhnya secara semulajadi. Usia yang makin meningkat dan perubahan hormon adalah antara puncanya. Hal ini boleh menyebabkan kulit kering, mengelupas dan pori tersumbat. Proses exfoliate lah akan membantu mengatasi masalah-masalah tersebut!

 

Betapa pentingnya exfoliate dalam rutin penjagaan kulit, jika tidak dilakukan, pakailah produk apa pun pasti tidak berkesan. Ini kerana sel kulit mati yang masih ada di kulit akan menebal dan menjadi punca kulit tidak dapat menyerap kebaikan skincare yang korang pakai. Haa! lepas ini, cuba exfoliate dulu muka kemudian baru pakai skincare ya!

 

Proses exfoliate mempunyai dua kaedah iaitu physical exfoliate dan chemical exfoliate.

Kaedah physicals exfoliate adalah dengan menggunakan alatan-alatan scrub seperti produk scrub, kain atau sponge yang mempunyai tekstur yang sedikit kasar untuk sental sel-sel kulit mati di muka korang.

Physical Exfoliation

Sumber Gambar: dryskinadvice.com

Chemicals exfoliate pula adalah menggunakan produk yang mengandungi AHA dan BHA pada kulit korang.

 

AHA adalah singkatan daripada Alpha Hydroxy Acid manakala BHA pula adalah Beta Hydroxy Acid.

herbal-dynamics-beauty-chemical-mechanical-768

Ehh tak bahaya ke guna chemicals letak dekat muka? Jawapannya tidak! Tak semua chemicals bahaya untuk kulit uolsss. Bahkan kaedah chemicals exfoliate adalah lebih baik kerana ia dapat meresap ke dalam kulit dengan lebih mendalam dan lebih lembut pada kulit.

 

Jika dibandingkan dengan physical exfoliate, kaedah ini cenderung menyebabkan kulit rosak sebab korang tonyoh muka dengan kuat dan kasar. Exfoliate lah dengan lembut jika korang gunakan cara ini.

 

Berapa kerap kena exfoliate? Sebenarnya ia bergantung pada jenis kulit.

 

2-3 kali seminggu: Beginner, kulit kering & kusam

1-2 kali seminggu: Kulit normal

1 kali seminggu: Kulit normal, glowing atau glass skin

 

Tapi jangan terlalu kerap sangat exfoliate muka! Nanti skin barrier korang menipis dah satu hal pula. Berpada-pada okay?

 

Kalau nak tahu pula baik dan buruk secara mendalam chemical atau physical exfoliate, korang boleh baca artikel Bijakkan Diri Dengan Tahu Baik Buruk! Chemical Atau Physical Exfoliant.

Sumber Featured Image: www.womenshealthmag.com

Post a Comment