Labu Oh Labu! 5 Jenis Labu Yang Penuh Dengan Khasiat Korang Patut Tahu – Manis Madu
5 Jenis Labu Yang Penuh Dengan Khasiat Korang Patut Tahu

Labu Oh Labu! 5 Jenis Labu Yang Penuh Dengan Khasiat Korang Patut Tahu

Labu oh labu! Kalau ada perkataan ‘labu’ mesti ada perkataan ‘labi’, Maduners yang minat filem melayu lama mesti terus teringat filem P.Ramlee, Labu dan Labi.

Tapi hari ini Madu bukan nak cerita pasal filem P.Ramlee tapi nak cerita pasal jenis labu dekat Malaysia ini! Dah alang-alang nak dekat juga hari halloween, mesti akan banyak labu di pasar raya sekarang.

Paling penting adalah labu memang banyak khasiat!

1. Labu Air

Labu-Air

Sumber Gambar: Facebook

Labu Air ini merupakan salah satu jenis labu yang memang terkenal sebagai bahan yang selalu digunakan dalam masakan melayu. Kalau tunjuk labu ini dekat ibu-ibu terus mereka boleh teka ini adalah labu air, tapi apa saja ibu kita tak tahu!

Untuk pengetahuan Maduners, tekstur labu air agak keras dan mempunyai warna kulit kehijauan dan di dalam, isinya berwarna putih sesuai dimasak menjadi lauk dan labu ini mengandugi kalsium, zat besi, paling penting dia ada Vitamin C!

Tips! Labu air ini mempunyai getah lebih banyak berbanding jenis labu lain, jadi bila Maduners nak kupas labu ini, boleh kupas dibawah air yang sedang mengalir bagi memudahkan proses mengupas kulitnya.

2. Labu Butternut Squash

Labu-Butternut-Squash-768

3. Labu Mi

labu-mi

Sumber Gambar: carakaapril.blogspot.com

Rasanya Maduners dah boleh teka kenapa nama labu seterusnya adalah labu mi, kerana isinya seakan mi bila dikeluarkan, simple jerr nama dia!

Labu mi ini sesuai kalau Maduners nak guna untuk masak kuih atau dibuat sebagai sayuran goreng tumis bersama dengan daging, uihhhh kecur air liur Madu bercerita pasa goreng tumis.

Tips: Lagi tau labu mi yang Maduners pilih, lagi banyak sirat mi dalam labu ini, jadi pandai-pandai pilih untuk jenis masakan yang Maduners ingin masak.

4. Courgette

Courgettes-768

Sumber Gambar: www.countryfile.com

Nama pun ala-ala mat salleh, labu ini memang popular di negara Eropah dan Timur Tengah . rupa labu ini seakan-akan timun sedikit, sebenarnya kalau Maduners nak gantikan hidangan yang guna timun dengan courgette pun boleh, lagi sedap!

Tips! Bila pergi ke pasar cari courgette ini jangan terlepas pandang pula Maduners sebab courgette ini juga dikenali sebagai zucchini!

5. Kabucha

kabucha-768

Sumber Gambar: www.verriwell.com

Nama dia macam berasal dari negara Mexico macam itu kan? Tapi sebenarnya labu ini berasal dari Jepun. Dekat pasar raya selalunya akan ada jual labu ini dalam dua bentuk iaitu Acorn Squash yang berbentuk oval dan satu lagi, Kabucha berbentuk bulat. Jangan risau, sebab kedua-duanya sama sahaja.

Tips! Labu ini memang sesuai dijadikan bahan dalam masakan yang bersup seperti stew dan sebagainya, the best!

Lepas ini bila pergi super market dah tahu nak beli jenis labu yang sesuai dengan hidangan yang Maduners dah rancang nak masak, alang-alang dah PKPB sekarang, macam-macam resepi Maduners boleh cuba menggunakan labu!

Selamat mencuba dan stay safe Maduners!

Post a Comment