Laman Instagram malaysianpaygap Banjir Dengan Pujian, Kongsi Butiran Gaji Selayaknya Diterima Pekerja – Manis Madu
Laman Instagram malaysianpaygap Banjir Dengan Pujian, Kongsi Butiran Gaji Selayaknya Diterima Pekerja

Laman Instagram malaysianpaygap Banjir Dengan Pujian, Kongsi Butiran Gaji Selayaknya Diterima Pekerja

Isu perbezaan gaji bukanlah perkara baru di Malaysia malah menurut laporan, majikan di Malaysia pernah dinamakan sebagai penggaji paling kedekut di seluruh Asia Tenggara dalam urusan membayar gaji pekerja.

 

Perkara ini mendorong beberapa individu membangun sebuah akaun Instagram untuk berkongsi maklumat berkaitan gaji yang sepatutnya diterima bagi jawatan tertentu secara anonymous.

 

Laman Instagram @malaysianpaygap bertindak berkongsi butiran seperti skop kerja, jawatan, umur, tempoh dalam bidang, butiran gaji, bangsa, jantina, kelayakan akademik dan banyak lagi supaya orang lain boleh menyemak sama ada mereka menerima gaji yang sepatutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Goodbye Wage Taboo (@malaysianpaygap)

Sesiapa sahaja dialu-alukan untuk menghantar maklumat tanpa nama dan mesej akan dipadamkan setelah disiarkan.

 

Halaman yang menggunakan nama ‘Goodbye Wage Taboo’ itu telah memperoleh jumlah pengikut yang besar dalam tempoh yang cepat dengan 39, 000 pengikut dan semakin bertambah. 

 

Meskipun dahulunya berkongsi butiran gaji dianggap taboo, orang ramai mula menyedari bahawa merahsiakan butiran gaji hanya menguntungkan majikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Goodbye Wage Taboo (@malaysianpaygap)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Goodbye Wage Taboo (@malaysianpaygap)

Rentetan itu, warganet turut memuji pengasas tanpa nama laman itu kerana usahanya membantu rakyat Malaysia mendapatkan gaji yang sepatutnya.

 

Sementara itu, awal tahun ini AEON Co dan AEON BiG menuai pujian kerana menaikkan gaji minimum kepada RM1, 500 daripada RM1,100 lebih awal daripada mandat kerajaan.

Post a Comment