Lebih 11.4 Juta ‘Geram’ Dengan Anak Kucing Jadi Singa – Manis Madu

Lebih 11.4 Juta ‘Geram’ Dengan Anak Kucing Jadi Singa

Kucing adalah haiwan yang semakin lama semakin menjadi buah bibir di antara binatang lain. Tingkah laku, ekspresi muka serta telatah mereka yang pelbagai selalu menarik perhatian dan buat ramai orang ‘geram’!

brown tabby kitten

Baru-baru ini, tular video seekor anak kucing comel yang memakai costume bulu singa di kepala sehingga menarik perhatian lebih 11.4 juta penonton dan 27,000 komen di laman TikTok!

Ramai penggemar kucing yang berasa geram apabila anak kucing tersebut yang terjelir-jelir sambil memandang tepat ke kamera sebelum memalingkan badannya ke belakang.

 

Video itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, @zonakucing.id juga telah mendapat 2 juta tanda suka serta seramai 64.4k telah berkongsi video tersebut.

 

Salah seorang warganet Farizjunior berkata, “Confuse…singa kan?”

 

“Aaaaa, hati mencuri, ku meronta,” kata Icha.

 

Seorang lagi warganet bertanya, “Boleh bagi tahu tak bulu singa tu nak beli kat mana? Nak bagi kucing i pakai jugak.”

 

Sebelum ini, pernah tular beberapa gambar tahap kecomelan yang sama apabila terdapat kucing dipakaikan costume singa. Maduners boleh check di sini. Aduh, memang comel betul!

Post a Comment