Lebih Murah! Saintis Cipta Papan Penebat Mesra Alam Guna Popcorn – Manis Madu
Lebih Murah! Saintis Cipta Papan Penebat Mesra Alam Guna Popcorn

Lebih Murah! Saintis Cipta Papan Penebat Mesra Alam Guna Popcorn

Ketika seluruh dunia mencari pendekatan untuk mengurangkan pengeluaran karbon, industri pembinaan menjadi sasaran popular apabila bangunan menjana hampir 40 peratus pelepasan karbon dioksida setiap tahun di peringkat global.

 

Malah, dilaporkan lebih 10 peratus daripada jumlah itu berpunca daripada bahan binaan dan pembinaan.

 

Sehubungan itu, sekumpulan saintis di Jerman membangunkan papan penebat dengan hanya menggunakan popcorn atau bertih jagung.

georgia-vagim-ny-lHmsHYHk-unsplash (1)

Menurut laporan Daily Mail, papan penebat yang dihasilkan itu didapati lebih murah, mampan dan mesra alam berbanding pilihan semasa.

 

Penebat yang baik mampu mengurangkan kos pemanasan sekaligus mengurangkan pelepasan karbon dioksida namun kira-kira 90 peratus penebat diperbuat daripada plastik atau gentian mineral berasaskan petroleum.

penebat (1)

Bahan yang tidak boleh diperbaharui itu menyumbang kepada pelepasan karbon ketika pembuatan dan jarang dikitar semula apabila bangunan dirobohkan sekaligus meningkatkan lagi pencemaran.

 

Pasukan penyelidik di Universiti Gottingen mendedahkan papan penebat diperbuat daripada bertih jagung bukan sahaja memerangkap kepanasan malah menawarkan perlindungan baik terhadap kebakaran dan kalis air.

 

“Berdasarkan industri plastik, proses baharu ini membolehkan pengeluaran papan penebat yang kos efektif pada skala perindustrian.

 

“Malah, bagi sektor pembinaan pula, cara ini dapat memastikan bahan penebat semulajadi bukan lagi produk khusus,” kata ketua penyelidik, Alireza Kharazipour dalam satu kenyataan.

 

Menurut Kharazipour, dia mula-mula menyedari mengenai sifat unik bertih jagung ketika menonton sebuah filem pada tahun 2008.

 

Katanya, sambil memegang bertih jagung, dia melihat persamaan makanan itu dengan polistirena yang merupakan bahan digunakan untuk menghasilkan styrofoam.

Post a Comment