Lelaki ‘Bergurau’ Isu Pendakwah Rogol Remaja, Teruk Dihentam Netizen – Manis Madu
Lelaki ‘Bergurau’ Isu Pendakwah Rogol Remaja, Teruk Dihentam Netizen

Lelaki ‘Bergurau’ Isu Pendakwah Rogol Remaja, Teruk Dihentam Netizen

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila berita mengenai seorang pendakwah bebas terkenal ditahan atas dakwaan merogol remaja perempuan berumur 14 tahun.

 

Meskipun identiti pelaku masih belum diketahui, perkara berkenaan sememangnya mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam perbuatan terkutuk itu lebih-lebih lagi dilakukan individu berstatus ‘pendakwah’.

 

Terbaru, muncul pula seorang individu lelaki yang memuat naik satu hantaran di Facebook yang seolah-olah menjadikan isu ini bahan lawak dan dilihat tidak sensitif. 

 

Melalui hantaran lelaki berkenaan, dia mempersoalkan tuduhan pendakwah yang dikenali sebagai F&N merogol remaja perempuan tersebut beberapa kali dan berjaya meletakkan dirinya sebagai sasaran kecaman netizen.

Lebih menambah kecaman ramai, apabila dia sempat bergurau dengan mengatakan bahawa remaja itu yang merogol pendakwah F&N berkenaan kerana jenayah itu berlaku berulang kali.

 

Lelaki berkenaan dikecam netizen kerana dianggap tidak sensitif dengan isu serius yang telah berlaku lebih-lebih lagi berkaitan isu rogol dan melibatkan mangsa bawah umur. Namun, dia sempat membalas komen netizen untuk mempertahankan kata-katanya dengan mempertikaikan punca kejadian hingga membuatkan lebih ramai orang menghentamnya.

 

Netizen bertambah berang melihat cara individu ini mempertikaikan isu berkenaan dan lebih mengecewakan setelah mengetahui lelaki tersebut merupakan pengerusi kem tahfiz.

 

Bukan itu sahaja, netizen juga mempertikaikan kebijaksanaan lelaki itu dan menyimpulkan hantaran yang dilakukannya jelas membuktikan cara pemikiran orang beragama sudah banyak yang rosak.

 

Tidak lama selepas hantaran itu dibuat, lelaki terbabit bertindak memadam entri tersebut di Facebooknya.

Post a Comment