Lelaki Kena Bahan Bawa Bekal Masakan Orang Rumah, Para Isteri Hadir Backup Di Ruangan Komen!
Kehidupan berumah tangga sememangnya perlukan ‘seni’ agar rumah tangga yang dibina sentiasa harmoni dan penuh dengan kasih sayang. Salah satu seni dalam rumah tangga adalah masakan seorang isteri kerana air tangan isteri boleh menjadi pengikat kasih sayang suami.
Buat individu yang sudah berkahwin, mereka mempnyai kelebihan ketika sampai waktu makan kerana selalu disediakan bekal oleh pasangan untuk dibawa ke tempat kerja.
Berbeza dengan golongan bujang, mereka dah tak perlu pening kepala nak makan apa, di mana dan boleh berjimat cermat juga!
Begitu juga seperti yang dilihat pada seorang lelaki yang menjamah air tangan isterinya ketika makan tengah hari bersama rakan-rakannya seperti yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.
@bosshukexSedihkan saya kena buli …hahah
Dalam video berkenaan, lelaki yang dikenali sebagai @bosshukex atau Mohd Shukrie Rahim dirakam salah seorang rakan memperlihatkan dirinya ‘dibahan’ kerana menikmati bekal yang dibawa dari rumah.
“Sedihkan saya kena buli… hahah,” tulis Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian telekomunikasi, Halo Telco itu.
Rakaman berdurasi 20 saat itu juga turut menunjukkan rakannya berseloroh ‘membahannya’ kerana menjamah menu restoran dan penuh dengan lauk-pauk sedangkan Mohd Shukrie hanya menjamah lauk sederhana.
“Makan lauk meriah-meriah, macam dah takde hari esok. Datang yang ni (merujuk Mohd Shukrie),” ujar rakannya sambil ketawa.
Meskipun dia turut dibahan tentang bekas makanan yang digunakan isterinya, namun dia dilihat masih tenang dan melayankan sahaja kerenah rakan-rakannya sambil tersengih.
“Harap isteri-isteri kat luar backup saya,” tulisnya dalam video tersebut.
Melihat di ruangan komen, video yang meraih 2.1 juta tontonan itu meraih reaksi yang pelbagai daripada warganet yang rata-rata mempertahankan lelaki berkenaan dan ‘membahan’ semula golongan bujang tersebut gara-gara seolah-olah memandang rendah terhadap usaha seorang isteri menyediakan bekal kepada suami.
Daan pada itu, kebanyakan warganet turut menyifatkan Mohd Shukrie sebagai suami terbaik kerana menghargai masakan isterinya yang dijamin lebih sedap dan bersih berbanding makan di luar.
Rugi lah kalau malu bawa bekal air tangan isteri ke tempat kerja. Masakan itu lah pengikat kasih sayang dan kunci kebahagiaan rumah tangga!