Lelaki Menyamar Pakai Telekung, Curi Telefon Dalam Surau Wanita! – Manis Madu
Lelaki Menyamar Pakai Telekung, Curi Telefon Dalam Surau Wanita!

Lelaki Menyamar Pakai Telekung, Curi Telefon Dalam Surau Wanita!

Tular di laman Twitter tentang satu kejadian yang berlaku di surau Avenue K apabila salah seorang jemaah di surau wanita itu didapati sebenarnya seorang lelaki!

 

Difahamkan ketika itu ada berlaku kes telefon bimbit hilang dan rata-rata di situ mengesyaki angkara seorang ‘kakak’ yang memakai telekung berwarna merah jambu.

“Ada phone hilang and syak akak telekung pink ni asyik solat 2 rakaat dari pukul 4pm-6pm, dia kata nak tunggu maghrib. Sekali dia jantan nama Muhammad Firdaus.

 

“Takut tau masa mula-mula suara kepit ‘saya nak tunggu maghrib’. Sekali management datang dia merengus ‘ishhh’ keluar suara jantan,” jelas gadis itu.

 

Lelaki yang menyerupai wanita itu juga dikatakan menyimpan telefon yang dicuri di seluar dalamnya dan membuang simcard di tempat simpan telekung.

 

“Tak sempat tangkap gambar. Muka makeup memang cun macam perempuan, mata sepet-sepet sikit. Tinggi tapi tak perasan tinggi jantan sebab dia tengah duduk dekat dinding. Ingat senyum sebab mesra tapi senyum ada makna,” tambah gadis tersebut.

 

Dalam ruangan komen, ramai yang tidak menyangka boleh terjadi kes seorang lelaki menyamar menjadi wanita itu mencuri! Lebih-lebih lagi di tempat ibadah. 

 

Selain itu, ada juga wanita lain yang berkongsi kejadian kecurian di surau-surau pusat membeli belah lain supaya orang ramai lebih berhati-hati.

Post a Comment