Lelaki Pun Nak Jaga Kulit Muka! Tip Mudah Untuk Lelaki Dapat Kulit Lebih Flawless! – Manis Madu
Lelaki Pun Nak Jaga Kulit Muka! Tip Mudah Untuk Lelaki Dapat Kulit Lebih Flawless!

Lelaki Pun Nak Jaga Kulit Muka! Tip Mudah Untuk Lelaki Dapat Kulit Lebih Flawless!

Ini tahun 2022! Bukan perempuan saja kena teliti dalam rutin penjagaan kulit muka tetapi tahun ini masa untuk lelaki menyerlah dan fokus pada penjagaan kulit muka!

 

Pada dasarkan lelaki bukannya tidak langsung pakai sebarang produk untuk jaga kulit muka tetapi mempunyai rutin penjagaan kulit muka yang lebih ringkas dan mudah. Kadang-kadang ada lelaki yang hanya pakai pencuci muka saja, tak tahu pun apa itu moisturizer, toner, serum dan sebagainya. 

 

Tetapi pada tahun 2022 ini, Syaz boleh nampak lebih ramai lelaki yang lebih berminat untuk menjaga kesihatan kulit muka. Walaupun kulit muka lelaki lebih kurang sama saja dengan kulit wanita walaupun mungkin lebih tebal tetapi ada beberapa tip penjagaan kulit muka yang sedikit berbeza untuk lelaki fokus berbanding wanita.

1. Teknik Mencukur Muka

sander-sammy-g0qxXkW16TM-unsplash (1)

Bagi sesetengah lelaki, pencukur berfungsi dengan baik untuk mencukur kulit muka anda tetapi sering mengalami luka akibat dari  pisau cukur yang mana boleh meninggalkan kesan parut dan ruangan yang boleh dicemari oleh bakteria mengakibatkan muka lebih senang dinaiki jerawat dan sebagainya.

 

Sebelum anda bercukur, basahkan kulit dan rambut anda untuk melembutkannya. Gunakan krim pencukur yang melembabkan dan cukur mengikut arah pertumbuhan rambut. Bilas selepas setiap sapuan pisau cukur, dan tukar bilah anda selepas lima hingga tujuh cukur untuk meminimumkan peluang berlakunya iritasi.

2. Pemilihan Produk (Jenis & Bahan)

the-nix-company-3_KYuMVl1Q8-unsplash (1)

Bagi lelaki yang baru berjinak dan ingin jadi lebih teliti dengan penjagaan kulit muka mereka, mungkin menjadi satu kesulitan untuk pilih produk yang sesuai untuk kulit muka. 

 

Tambah pula sekarang ini, macam-macam jenis produk ada, khusus untuk inilah  khusus untuk itulah, kena elak ini, kena elak itu. Banyak juga pantang larang. 

 

Produk penjagaan kulit yang anda pilih harus bergantung pada jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit berjerawat, cari pembersih dan pelembab muka yang mengatakan “oil-free” atau “non-comedogenic,” kerana produk-produk ini tidak akan menyumbat pori-pori anda. 

 

Jika anda mempunyai kulit sensitif, gunakan produk ringan “fragrance free”, kerana produk yang mengandungi wangian boleh menyebabkan kulit terasa jengkel dan kering. Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan produk berlabel “unscented”, kerana kebanyakan produk ini mengandungi wangian yang tidak berbau ketara yang masih boleh menyebabkan iritasi pada kulit anda.

3. Guna Pembersih Muka Selepas Bersukan

edgar-chaparro-sHfo3WOgGTU-unsplash (1)

Guna pembersih muka bukan sabun Dettol untuk basuh muka! Bunyi macam lawak tapi masih ramai lelaki yang suka sangat guna sabun badan atau sabun Dettol untuk pelbagai kegunaan termasuklah basuh muka guna sabun Dettol! 

 

Oleh kerana sabun buku (soap bar) biasa selalunya mengandungi bahan keras yang boleh mengeringkan kulit, basuh muka anda dengan pembersih muka yang lembut spesifik memang untuk kulit muka dan sesuai dengan jenis kulit muka anda. 

 

Tip tambahan, pastikan air basuh muka tersebut  suam dan bukan air panas.

4. Pakai Sunscreen!

no-revisions-WvxL8m1AoAE-unsplash (1)

Ini bukan pakai 3 kali seminggu saja ya para lelaki! Hari-hari wajib pakai sunscreen walaupun tak keluar rumah!

 

Pakai sunscreen ini akan bantu mengelakkan kerosakan matahari yang boleh menyebabkan kedutan, bintik-bintik penuaan dan juga kanser kulit. 

 

Sebelum keluar rumah, sapukan pelindung matahari (sunscreen)  pada semua kawasan kulit yang terdedah, termasuk kulit kepala, telinga, leher dan bibir anda.  Untuk perlindungan terbaik, gunakan pelindung matahari  dengan SPF 30 atau lebih tinggi dan sapukan semula setiap dua jam atau sejurus selepas berenang atau berpeluh.

5. Exfoliate Seminggu Dua Ke Tiga Kali!

safia-shakil-HlUyfijgyTM-unsplash (1)

Tak ramai lelaki tahu apa itu exfoliate. Exfoliate ialah proses membuang sel kulit mati dari permukaan kulit anda menggunakan bahan kimia, bahan berbutir atau alat exfoliator.

 

Kulit anda secara semula jadi membuang sel-sel kulit mati untuk memberi ruang kepada sel-sel baru setiap 30 hari atau lebih. Kadang-kadang, sel-sel mati tidak mengelupas sepenuhnya. Ini boleh mengakibatkan tompok kering, mengelupas dan liang tersumbat. 

 

Semakin meningkat usia, kulit kita mengambil masa yang lebih lama untuk memperbaharui dirinya. Sel-sel mati yang melekat terlalu lama boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat, rambut tumbuh ke dalam, kulit kusam dan kedutan. Untuk mempercepatkan pembaharuan kulit, lelaki harus lakukan exfoliate (atau menggosok perlahan-lahan) muka mereka untuk bebas daripada sel-sel mati ini.

 

Pada akhirnya setiap kulit muka itu berbeza-beza tapi tip ini semua lelaki boleh pakai untuk pastikan kulit korang dijaga dengan baik, baru teman wanita lagi jatuh hati nanti!

Post a Comment