Lepas Nafsu Pada Kambing, Warga Emas Direman 7 Hari – Manis Madu
Featured Image 1248

Lepas Nafsu Pada Kambing, Warga Emas Direman 7 Hari

Setiap manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk berfikir mana yang betul dan mana yang salah.

 

Oleh kerana nafsu sudah menguasai diri, seorang lelaki warga emas direman tujuh hari selepas dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di Kuala Kubu Bharu kelmarin. 

 

Mengikut laporan Harian Metro, lelaki yang berusia 60 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh sehingga menyebabkan kambing betina berkenaan mati di kandangnya.

 

Perintah reman terhadap lelaki warga emas itu bagaimanapun dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

 

Suspek yang diiringi dua orang anggota polis dibawa dengan trak sebelum memasuki pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi hari ini.

 

Dalam permohonan tersebut, Mohamad Azrul membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 4 Ogos 2021 bagi membantu siasatan.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin ketika dihubungi, beliau memaklumkan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes terbabit untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan berikutnya.

 

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah.

 

Kes bagaimanapun disiasat mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.

 

Sumber Gambar: Harian Metro

Post a Comment