Lepas Satu Muncul Hal Lagi Satu, Malaysia Sekali Lagi Dalam Masalah? – Manis Madu
Lepas Satu Muncul Hal Lagi Satu, Malaysia Sekali Lagi Dalam Masalah

Lepas Satu Muncul Hal Lagi Satu, Malaysia Sekali Lagi Dalam Masalah?

Setelah hampir selesai bertarung dengan wabak pandemik, Malaysia harus bersiap sedia hadapi situasi baru yang disebabkan oleh negara jiran kita.

 

Jerebu yang melanda negara kita Madu rasa bukanlah sesuatu yang asing lagi. Hampir setiap tahun Madu rasa jerebu ini datang menganggu Malaysia.

 

Menurut laporan New Straits Times, dikatakan negara Malaysia, bakal dilanda jerebu jika kebakaran hutan di Kalimantan tidak diatasi sepenuhnya.

hutan-terbakar-indonesia-bernama-768

Madu ada baca laporan Free Malaysia Today, pihak kerajaan Indonesia telah mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan situasi jerebu merebak dengan lebih parah.

 

Jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil, Malaysia dijangkakan akan dilanda jerebu pada awal bulan Ogos dan September.

Buat masa sekarang, paras kualiti udara di negara kita masih dalam keadaan baik. Tapi kalau keadaan jerebu ini tidak dapat dikawal, Madu dan Maduners di luar sana kena bersedia dengan baik dalam menjaga kesihatan kita.

 

Kita berdoa semampu boleh agar di negara Indonesia, mereka mampu kawal keadaan kebakaran dengan sebaiknya. Janganlah asyik kecam saja, haruskan banyak bersabar.

 

Kita sama-sama doa untuk kebaikan dan kesejahteraan kedua-dua negara kita.

Post a Comment