Lesen & Roadtax Tamat Tempoh Waktu PKP? Cara Mudah & Jimat Masa Nak Renew! – Manis Madu
Featured Image Cara Renew Roadtax dan Lesen

Lesen & Roadtax Tamat Tempoh Waktu PKP? Cara Mudah & Jimat Masa Nak Renew!

Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang payah untuk kita bergerak kemana-mana lagi-lagi kalau nak kena selesaikan urusan penting seperti renew roadtax mahupun lesen memandu. 

 

Tetapi apa yang lagi payah jika lesen atau roadtax korang dah tamat tempoh. Tak pasal-pasal nak pergi pasar kena tahan dengan polis .  

 

Sebenarnya ada cara yang senang boleh korang lakukan untuk renew roadtax dan lesen sepanjang musim  PKP ni. 

 

Untuk kaedah ini, mungkin ada di antara Maduners yang masih belum tahu atau tidak terlalu familiar dengan kaedah pembaharuan secara atas talian.

 

Walaupun syarat pembaharuan lesen dan roadtax telah dilonggarkan sepanjang PKP berlangsung, tetapi adalah lebih baik sekiranya Maduners cuba untuk kekal berada di dalam rumah sahaja. 

 

Dengan adanya kaedah ini, Maduners tidak lagi perlu beratur dengan panjang di pejabat pos ataupun pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

mySikap

Bagi membolehkan Maduners memperbaharui lesen atau roadtax secara atas talian, Maduners perlulah membina ID mySIKAP awam terlebih dahulu dan tahu syarat serta cara-caranya.

first-images

Syarat-Syarat:

  • Berumur 15 tahun ke atas
  • Orang awam yang memiliki Mykad yang sah
  • Penduduk tetap Malaysia (myPR) yang sah
  • Mempunyai 1 rekod urusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sebagai contoh lesen memandu, rekod kenderaan dan saman. 

 

Jika Maduners mempunyai kesemua syarat yang di atas secara automatik Maduners layak untuk mendaftar!

 

Untuk pengetahuan  korang yang baru pertama kali nak mendaftar, kaedah ini terdapat 2 jenis iaitu eID Standard dan eID Advanced.

eID Standard

Bagi eID Standard, Maduners tidak memerlukan pengesahan biometrik iaitu cap jari dan hanya boleh melakukan urusniaga tertentu sahaja. 

 

Maduners juga  tidak perlu hadir ke JPJ untuk daftar dan boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

eID Advanced

Untuk eID Advance pula memerlukan pengesahan cap jari dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. 

 

Maduners perlu hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan nombor rujukan dan boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

sec-images

Cara-cara nak daftar adalah Maduners perlu melayari lawan web https://public.jpj.gov.my/

 

Kemudian klik pada log masuk kali pertama dan isi bahagian yang bertanda * sahaja.

third-images

Masukkan kod sekuriti seperti yang diberikan selepas itu tekan butang “Teruskan”.

 

Semak semula butiran peribadi yang Maduners dah isikan tadi. Bila dah betul-betul yakin dengan maklumat yang diisi Maduners boleh terus menekan butang “Hantar” dan butang “Ya” yang tertera. 

 

Pastikan lepas mendaftar Maduners log masuk dalam masa tujuh hari! Kalau tidak Maduners kena daftar semula dari awal. 

 

Pengguna yang telah berjaya mendaftar maklumat diri di dalam mySIKAP akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara.

 

Maklumat berkenaan korang akan guna untuk log masuk ke laman web JPJ online nanti. Bila dah selesai daftar mySikap barulah korang boleh renew lesen atau roadtax korang!

fourth-images

Lesen

Cara nak renew lesen secara online mudah jer, pertama sekali korang log masuk sahaja ke laman web mySikap dan pilih menu lesen memandu kemudian pilih pembaharuan lesen memandu.

fifth-images

Bila dah berjaya masuk, isikan semua maklumat pembaharuan lesen yang diminta sebelum membuat pembayaran. 

 

Semak semula maklumat berkenaan dan langkah terakhir jangan lupa untuk buat pengesahan. Lesen memandu  Maduners pun dah selesai! 

Roadtax

Untuk pembaharuan roadtax pula ikut sahaja langkah yang sama cumanya korang kena pilih  menu kenderaan dan pilih pembaharuan kenderaan motor

 

Seterusnya isi semua maklumat yang berkaitan, buat pembayaran, buat semakan dan buat pengesahan. 

 

Tadaaa!! Selesai satu masalah. Tak perlulah nak beratur panjang atau tunggu lama-lama dah lepas ini. 

 

Lagipun musim-musim pandemik ini lebih baik kita buat semua di rumah saja, sekurang kurangnya dapat juga kita kurangkan jangkitan COVID-19.

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua!

Untuk maklumat terkini, Maduners boleh semak dengan pautan Facebook di bawah.

Post a Comment