Letakkan Syarat Tegas Buat Ahli Pasukan, Cara Altimet Hulur Bantuan Raih Pujian Warganet – Manis Madu
Letakkan Syarat Tegas Buat Ahli Pasukan, Cara Altimet Hulur Bantuan Raih Pujian Warganet

Letakkan Syarat Tegas Buat Ahli Pasukan, Cara Altimet Hulur Bantuan Raih Pujian Warganet

Di kala ramai orang terjejas akibat Covid-19, ramai juga individu atau kumpulan yang tampil menyalurkan bantuan tidak kira sama ada golongan pendakwah, usahawan, artis, NGO serta rakyat biasa. Kagum Madu tengok semangat membantu luar biasa yang semua orang tunjukkan!

 

Memetik laporan Media Hiburan, penyanyi rap, Altimet juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyertai misi bantuan ini. 

 

Sungguhpun begitu, terdapat syarat tegas yang diletakkannya buat mereka yang ingin menyertai pasukannya untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Altimet (@altimet)

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menjelaskan, selain daripada mematuhi segala prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, mereka juga perlu memastikan misi tersebut dijalankan tanpa melibatkan sebarang aktiviti bergambar atau merakam video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Altimet (@altimet)

“Tolong ikut SOP dan pakai glove. Sekali lagi diingatkan jangan ambil gambar siapa-siapa. Sesiapa yang ambil gambar kemudian upload di media sosial anda akan dikeluarkan daripada pasukan ini.

 

“Tolong jangan pandang rendah pada mereka ini. Mereka adalah jiran-jiran kita. Dugaan seperti ini juga boleh berlaku kepada kita,” katanya.

 

Dalam pada itu, Altimet turut mengingatkan ahli pasukannya untuk tidak memandang rendah terhadap mereka yang memerlukan bantuan kerana menyifatkan dugaan sebegini juga mampu terjadi kepada diri kita sendiri.

 

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa kagum dengan cara yang digunapakai oleh Altimet selain turut mendoakan semoga segala urusannya dipermudahkan.

Post a Comment