Letupan Besar Di Beirut, Presiden Lubnan Isytihar Darurat Dua Minggu – Manis Madu
Letupan Besar Di Beirut, Presiden Lubnan Isytihar Darurat Dua Minggu

Letupan Besar Di Beirut, Presiden Lubnan Isytihar Darurat Dua Minggu

Ramai yang sangka gempa bumi, namun sebenarnya Beirut dikejutkan dengan letupan mengerikan.

 

Pada 4 Ogos 2020, kita dikejutkan dengan satu berita dimana ibu kota Lubnan iaitu Beirut, hampir lumpuh akibat dua letupan yang mengegarkan daerah tersebut.

 

Malahan letupan tersebut dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi letupan berlaku.

beirut explosion damage

Sumber Gambar: www.nytimes.com

Rajan Chaudhary berkongsi detik cemas letupan tersebut berlaku di akaun Twitter miliknya.

Akibat daripada itu, ia telah mengakibatkan lebih 70 orang terkorban manakala lebih 2,000 orang lagi mengalami kecederaan.

TOPSHOT-LEBANON-BLAST

Mangsa yang mengalami kecederaan termasuklah kanak-kanak mendapatkan rawatan di luar Pusat Perubatan Clemenceau.

 

Dalam laporan Berita Harian, baja ammonia nitrat seberat 2,750 tan yang disimpan di dalam gudang didakwa menjadi punca letupan ngeri tersebut.

 

Ketua Keselamatan Awam Beirut, Abbas Ibrahim berkata bahan mudah terbakar sudah dirampas beberapa tahun lalu kerana disimpan di tempat tumpuan awam.

 

Kilang tersebut turut diberikan amaran sejak tahun 2014 selepas didakwa melanggar peraturan berkaitan keselamatan.

Sumber Gambar: www.astroawani.com

Menurut Astro Awani, Presiden Lubnan iaitu Machel Aoun akan memanggil Jemaah Kabinet untuk mengadakan mesyuarat tergempar susulan letupan tragis tersebut.

 

Mesyuarat tersebut diadakan bagi mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu. Beliau akan mengambil tindakan keras kepada pihak yang bertanggungjawab.

 

Kata Presidennya lagi, seluruh negara Lubnan diminta berkabung bagi mengenang mangsa yang terkorban dalam letupan tersebut.

Post a Comment