Licik Menipu Orang! Dua Wanita Rugi Hampir 1 Juta Gara-Gara Scammer – Manis Madu
Dua wanita mengalami kerugian sebanyak RM 96,298 selepas mendapat panggilan dari “Macau Scam”

Licik Menipu Orang! Dua Wanita Rugi Hampir 1 Juta Gara-Gara Scammer

“Macau Scam” semakin hari semakin berleluasa dan licik dalam menjalankan kegiatan haram dan tidak bertanggungjawab.

 

Baru-baru ini dua wanita telah mengalami kerugian besar sebanyak RM 96,298 selepas mendapat panggilan dari sindiket “Macau Scam” yang kononnya mengaku sebagai pegawai Telekom Malaysia Bhd (TM).

 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, selepas menyedari wang mereka dipindahkan ke akaun sindiket.

 

Kedua-dua mangsa wanita yang terdiri daripada seorang kerani jualan berusia  34 tahun dan seorang pembantu akauntan, 26 tahun itu  membuat laporan polis kelmarin. 

 

Menurut Laporan Kosmo, Mangsa pertama iaitu seorang kerani jualan telah menerima panggilan dari ibu pejabat TM dan memaklumkan terdapat penggunaan internet secara curi atas nama mangsa di sebuah premis di Seremban.

 

“Panggilan disambungkan kepada Asisten Komisioner Datuk Fazliy daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan meminta dia menyerahkan butiran perbankan ‘online’ dan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) yang diterima untuk tujuan semakan juruaudit Bank Negara” – Aidi Sham

 

Tambah Aidi Sham lagi, mangsa juga diminta membuat kemasukan wang sebanyak RM 20,000 yang dikatakan milik juruaudit Bank Negara.

 

Berikutan itu, mangsa telah membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati berlaku transaksi pindahan ke dalam satu akaun bank sebanyak RM 19,998.

 

Kerani jualan itu difahamkan telah mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM39,998.

 

Sementara itu, mangsa kedua yang merupakan pembantu akauntan pula telah menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan TM dan memaklumkan terdapat pendaftaran Unifi menggunakan butiran diri mangsa.

 

Panggilan berkenaan telah disambungkan kepada IPD Seremban dan mangsa dikatakan terlibat dengan kes judi haram serta namanya telah disenarai hitam.  

 

Tanpa berfikir panjang, mangsa pun menyerahkan maklumat perbankan atas talian milik dirinya, bapa serta nenek untuk tujuan membersihkan nama.

 

Aidi Sham menjelaskan mangsa juga diarah untuk menyerahkan nombor pas pengesahan transaksi (OTP) yang diterima.

 

Selepas membuat semakan akaun, mangsa kedua ini mendapati berlaku pindahan wang sebanyak RM56,000 dalam Sembilan transaksi akaun yang belum dikenal pasti.

 

Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan sebat. Pelaku juga boleh didenda jika disabit kesalahan.

 

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai panggilan-panggilan yang memaklumkan mereka sebagai badan penguatkuasa atau institusi kewangan.

Post a Comment