Lima Negara Dengan Pertunjukan Bunga Api Paling Indah Dunia Untuk New Year!
Umpama perkara wajib, pertunjukan bunga api sememangnya sinonim dilaksanakan ketika sambutan tahun baru. Setiap tahun pasti ternanti-nanti pertunjukan bunga api, kan?
Jom kita tengok 5 negara miliki pertunjukan bunga api paling indah dunia.
#5 Sydney, Australia
Sumber Gambar: www.pandotrip.com
Sydney merupakan bandar paling menarik di Australia dan tempat ini adalah salah satu tempat paling kerap dikunjungi ketika sambutan Tahun Baru. Penduduk tempatan dan pelancong akan berkumpul untuk meraikan Tahun Baru dan menonton pertunjukan bunga api. Punya meriah bunga api di Sydney sampaikan dapat menerangi Opera House!
#4 Sans Francisco, USA
Sumber Gambar: www.pandotrip.com
Tempat keempat dimiliki Sans Francisco, USA. Bandar raya ini memilih untuk mengekalkan tradisi lama untuk mengadakan pesta yang menyeronokkan dalam apa jua keadaan. Yang pasti, banyak perkara menarik akan disediakan ketika malam sambutan Tahun Baru. Salah satu tarikan terbesar di bandar ini adalah melihat bunga api di Golden Gate Bridge.
#3 Hong Kong, China
Sumber Gambar: www.pandotrip.com
Pertunjukan bunga api di Hong Kong juga merupakan antara barisan pertunjukan paling menarik di dunia. Untuk pengetahuan Maduners, terdapat dua malam yang akan di sambut di Hong Kong iaitu Malam Tahun Baru Barat dan Malam Tahun Baru Asia iaitu pada pertengahan Januari.
#2 London, England
Sumber Gambar: www.pandotrip.com
Kota London ibarat terbakar semasa Malam Tahun Baru! Kita dapat lihat di sana sini akan diadakan pertunjukan bunga api dan mampu menerangi seluruh ibu kota. Hebatkan? Selain menyajikan pemandangan menakjubkan pada waktu malam dengan percikan bunga api, di London juga akan mengadakan perbarisan Hari Tahun Baru dan menawarkan January Sales di gedung membeli-belah. Wah, memang rancak shopping!
#1 Dubai, United Arab Emirates
Sumber Gambar: www.pandotrip.com
Di kedudukan pertama sememangnya tidak dapat disangkal lagi! Dubai akan menjanjikan malam Tahun Baru yang mewah dan bertaraf dunia! Sangat menarik jika melihat pertunjukan bunga api di sana. Bayangkan korang tengok bunga api di bangunan pencakar langit paling indah dan tertinggi dunia. Menakjubkan!
Indah betul kan pertunjukan bunga api di negara-negara tersebut? Mana satu favourite Maduners?
~Stay Safe Maduners~