Lipas Oh Lipas! Doktor Gigi Dan Pesakit Melompat Panik Gara-Gara Makhluk Itu – Manis Madu
Lipas Oh Lipas! Doktor Gigi Dan Pesakit Melompat Panik Gara-Gara Makhluk Itu

Lipas Oh Lipas! Doktor Gigi Dan Pesakit Melompat Panik Gara-Gara Makhluk Itu

Tidak dapat dinafikan, setiap individu di muka bumi ini mempunyai ketakutan terhadap sesuatu. Ketakutan boleh datang atau berpunca dari pelbagai sebab dan salah satu punca ketakutan bagi seorang wanita adalah lipas!

 

Fuh, kalau ‘makhluk halus’ ini dijumpai ditambah pula dengan pakej terbang, memang boleh bersilat di situ juga!

 

Baru-baru ini, kejadian seperti itu berlaku kepada seorang doktor gigi di klinik tempatnya bekerja, Lebih malang, dia diserang serangga perosak itu ketika sedang bersiap-siap untuk memulakan rawatan kepada pesakit.

 

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok @inshyyraahh, dapat dilihat ketika itu dia baru sahaja mahu memulakan sesi rawatan sebelum tersedar kehadiran seekor lipas yang hinggap pada pelitup muka dan menjerit sekuat hati.

@inshyyrahhpasrah 2 kali😭😭 nasib patient ADIK SENDIRI😭😭😭😭

♬ original sound – 🦋

“Pasrah 2 kali. Nasib baik patient adik sendiri,” tulisnya yang berasa lega kerana pesakit yang dirawat itu merupakan adiknya.

 

Kejadian tersebut tidak terhenti di situ sebaliknya lipas berkenaan hinggap pada adiknya pula lalu menyebabkan kedua-dua mereka lari dan menjerit kerana takut.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan situasi yang berlaku kepada doktor gigi berkenaan namun tidak kurang juga yang turut berasa bimbang jika situasi tersebut berlaku kepada mereka.

 

Patient kat luar be like, “macam tu sekali kah sakitnya cabut gigi?”

 

“Apa lah perasaan pesakit kat luar yang tengah tunggu tu agaknya. Mau cabut lari semuanya,”

 

“Kelakar tapi takut seriau juga. Please get pest control asap! Bahaya la lipad dalam klinik,”

 

Video berkenaan telah mendapat 1.3 juta tontonan, 118.7k serta 2733 di laman TikTok. Semua gara-gara lipas!

Post a Comment