Lipas Sama Laju Dengan Ferrari? Fun Fact Tentang 6 Jenis Haiwan Yang Mungkin Korang Tak Pernah Tahu! – Manis Madu
Featured-Image-Lipas-Sama-Laju-Dengan-Ferrari

Lipas Sama Laju Dengan Ferrari? Fun Fact Tentang 6 Jenis Haiwan Yang Mungkin Korang Tak Pernah Tahu!

Selama ini mesti kita selalu dengar tentang benda-benda yang tak best jerr pasal haiwan-haiwan ni sama ada menakutkan atau mengerikan.

 

Tapi, tahukah anda yang sebenarnya anda banyak lagi perkara-perkara yang best tentang haiwan-haiwan yang akan Fazlan ceritakan nanti!

 

Setiap haiwan ada keistimewaan dia yang tersendiri jadi jom kita tengok satu-satu.

#1 Lipas

lipas

Tahu tak anda bahawa lipas ada kelajuan yang sama dengan Ferrari iaitu 320 km/j! Fuh..

 

Kalau selama ini anda rasa anda lari dari lipas dah laju, percayalah bahawa lipas tu 10 kali ganda lagi laju! Patutlah kalau lipas ada dekat dinding lepas itu tiba-tiba jerr ada dekat bahu kita. 

 

Bayangkan saja pun dah geli, kalau betul-betul jadi mungkin ada Maduners yang lebih laju dari lipas!

#2 Semut

semut

Comelkan semut? Semut sebenarnya tidak bernafas melalui hidung ya! Tapi dia bernafas melalui rongga-rongga kecil di badan dia.

 

Sebab itulah kalau nak lemaskan semut, jangan rendam kepala dia tapi rendamkan badan dia ya.

 

Satu lagi, semut tidak pernah tidur tapi hanya bekerja sahaja!

#3 Panda

panda

Selain dari comel dan montel, panda juga ada satu fun facts yang mungkin ramai tak tahu. Panda ini selain dari kuat makan tapi dia juga kuat tidur.

 

Menariknya, panda ini jenis yang pantang disorong bantal bak kata orang tua dulu-dulu. Di mana-mana dia boleh tidur, letak jerr kepala, dah boleh ucap selamat malam!

#4 Sloth

sloth

Tak cukup dengan pergerakan yang slow, segala hal tentang sloth ni semua slow, termasuk sistem pencernaan mereka!

 

Jika mereka makan, satu kali makan mereka mengambil masa selama 2 minggu untuk cernakan makanan tersebut. Lain dengan Madu, makan 2 jam sekali cerna laju betul!

#5 Gajah & Paus

gajah

Ini sensitif sikit, nak tahu tak sebenarnya bukan makhluk yang bernama manusia sahaja yang menopaus di atas muka bumi ini?

 

Tetapi, gajah dan paus juga adalah haiwan yang alami perkara ini iaitu menopaus.

paus

Kalau kita dah terlalu berusia tua, agak sukar untuk melahirkan atau mengandungkan anak, jadi jagalah pemakanan dari muda supaya dapat melambatkan proses menopaus ini.

#6 Kucing

kucing

Ini paling Madu geram, selalunya kucing ini mesti mukanya manis, manja, comel jerr kan? Tapi, tahukah anda sebenarnya kucing tak boleh rasa manis.

 

Maksudnya, lidah mereka tiada deria untuk merasa makanan yang manis-manis. Kesian dia, suka jilat aiskrim tapi rasa tawar jerr.

 

Tapi kelebihan lain yang kucing ada adalah deria penglihatan dan pendengaran mereka sangat tinggi!

 

Jadi, lepas dah baca fakta ada rasa kesian tak dekat haiwan-haiwan yang ada kekurangan ini?

Sumber: Twitter @DoktorSamhan

Post a Comment