Live Menjual ‘Cedok-Cedok’ Haram Dalam Islam, Tak Ramai Yang Tahu!
Sehari dua ini semakin menggila trend berniaga dengan kaedah ‘cedok-cedok’ dilakukan oleh ramai peniaga dalam talian melalui siaran langsung samada di aplikasi TikTok, Instagram, Facebook mahupun di Shopee.
Kaedah jualan cedok-cedok ini dilakukan dengan cara peniaga akan menawarkan satu harga yang tetap bagi satu cedok barang contohnya coklat dan snek, alat solek, pin tudung dan lain-lain. Maduners boleh tengok contoh di bawah:
@jajat_official87 fenomena cedok2 di Malaysia..#cedok2 ♬ bunyi asal – Abang Comel
Pembeli tidak boleh memilih barang apa yang diinginkan sebaliknya peniaga akan ‘cedok’ barang-barang ketika sesi siaran langsung secara rawak. Maka, barang yang akan diperoleh pembeli hanya barangan ‘random’ hasil daripada cedokkan penjual.
Namun, tidak ramai yang tahu bahawa kaedah jualan cedok-cedok ini sebenarnya haram dalam Islam kerana mempunyai unsur gharar dan tidak pasti.
Sedar isu ini semakin mengelirukan, beberapa pendakwah sudah tampil menjelaskan hukum sebenar jual beli ini. Salah satunya adalah penjelasan daripada PU Amin melalui akaun TikToknya.
@ustazamirulaminInshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih terhadap penjelasan berkenaan dan mengakui ramai yang tidak sengaja melakukan kaedah ini kerana tidak tahu.
Macam yang ustaz cakap, masih tak terlambat untuk berhenti guna kaedah ini ketika menjual. Jauhkan unsur yang tidak pasti dalam perniagaan ya!