Lontar Ketupat Masa Raya? Lain Negara, Lain Cara Sambut Raya! – Manis Madu
Lain Negara, Lain Cara Sambut Raya

Lontar Ketupat Masa Raya? Lain Negara, Lain Cara Sambut Raya!

Sebenarnya dekat negara luar ada macam-macam lagi cara beraya yang mungkin kita tak pernah dengar!

 

Walaupun satu dunia sekarang ini berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan wabak Covid-19 tapi jangan sesekali kita lupakan kemeriahan sebenar hari raya macam tahun-tahun sebelum ini!

 

Jadi untuk Maduners semua tahu kemeriahan raya di negara lain, ini Madu nak senaraikan cara mereka beraya yang sangat unik dan kita mesti tahu!

1. Perang Ketupat

Perang-Ketupat

Sumber Gambar : sultrakini.com

Dipanggil ‘Perang Topat’, cara beraya perang ketupat ini diamalkan di daerah Lombok Indonesia dan kebiasaanya akan disambut pada 7 Syawal iaitu hari terakhir minggu pertama pada bulan Syawal.

 

Melambangkan pendamaian antara umat Islam dan Hindu di Indonesia, baling ketupat ini bukanlah maksud baling kuat-kuat sampai luka tapi baling perlahan saja!

2. Telur Warna Warni

Telur-Warna-Warni

Bukan di Indonesia tapi kali ini Afghanistan!

 

Telur warna warni ini sebenarnya telur yang direbus dan diletakkan warna dan adat ini dipanggil ‘Tokhm-Jangi’ dan hanya disertai oleh kaum lelaki saja. Perempuan jangan pandai-pandai nak join!

 

Biasanya, setiap keluarga akan rebus telur warna warni ini lebih kurang 200 biji dan cara nak menang adalah siapa ada paling banyak teluar yang tinggal di akhir perang jadi dialah yang menang!

3.’Trick or Treat’

Trick-or-Treat

Cara beraya ala-ala Halloween ini diamalkan di Itali dan antara adatnya adalah kanak-kanak akan lawati setiap rumah untuk minta gula-gula comelnya!

 

Biasanya adat ni akan dijalankan di hari-hari terakhir ramadhan dan kanak-kanak akan cari rumah warga emas untuk dikunjungi.

 

Ada saja adat yang sama macam Malaysia contohnya macam kanak-kanak perlu bersalam dulu dengan golongan yang lebih berusia dan mereka akan dapat gula-gula.

4. Inai Tangan & Kaki

Inai-Tangan-&-Kaki

Malam anak bulan ataupun di India mereka panggil ‘Chaand Raat’.

 

Adat ini akan disambut pada malam raya yang mana umat Islam akan berkumpul di padang atau kawasan lapang pada malam raya untuk tengok anak bulan dan sambil-sambil itu mereka akan inaikan tangan dan kaki mereka.

 

Antara lain juga, mereka akan bertukar buah tangan contohnya macam duit dan juga manisan yang pelbagai rasa.

Post a Comment