Lukis Gambar Kuih Di Dinding, Bantu Golongan Tua Kenal Jalan Balik Rumah – Manis Madu
Mural-Di-Dinding

Lukis Gambar Kuih Di Dinding, Bantu Golongan Tua Kenal Jalan Balik Rumah

Mural yang bermotifkan kuih-muih tempatan seperti kuih ang ku, kuih lapis, satay dan juga secawan kopi itu dikatakan berfungsi sebagai penunjuk arah kepada golongan tua di sana untuk dijadikan panduan pulang ke rumah.

lukisan-1
lukisan-2
lukisan-3

Setelah berkongsi gambar berkenaan di Facebook, hantaran tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya mendapat 1,100 tanda suka serta komen yang positif.

 

Dalam hantarannya, dia menjelaskan bahawa mural ini adalah sebahagian daripada projek mencari jalan untuk membantu orang yang hidup dengan demensia dan orang tua dalam mengenali persekitaran mereka.

lukisan-4
lukisan-5

Mural dilukis secara strategik pada dinding dengan nombor blok masing-masing.

 

Oleh kerana kebanyakan blok kelihatan sama, karya seni itu dilukis dengan saiz yang besar sehingga orang dapatĀ  melihatnya dengan mudah dari jauh dan mengenal pasti blok mereka.

 

Mural-mural berkenaan dilukis pada tahun 2020 sebagai sebahagian daripada inisiatif oleh Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA) Singapura untuk membina komuniti yang mesra dementia.

Bagi orang tua, barang-barang klasik ini dapat mencetuskan kenangan, yang membantu mereka mengenal pasti persekitarannya.

 

Mural yang menarik ini berfungsi sebagai penanda visual untuk membimbing orang tua dan orang yang menderita demensia atau Alzheimer untuk mengenali kawasan di sekitar bangunan itu.

 

Sumber Gambar: Singapore Hikers

Post a Comment