“Macam bawang putih!”, Dr Sandra Lee Berjaya Keluarkan ‘Bawang Putih’ Dari Kulit Kepala Pesakit!
“Macam bawang putih!”, itulah reaksi netizen apabila Dr. Pimple Popper atau nama sebenar beliau, Dr. Sandra Lee mengeluarkan gumpalan nanah daripada kepala pesakitnya.
Video berdurasi 40 saat itu yang ber-hashtag #popaholics #drpimplepopper #popaholicsunite telah menarik seramai 450,000 warganet. Ramai betul!
Jadi kalau korang suka sangat tengok video yang keluarkan nanah daripada anggota badan, ianya bukanlah sesuatu benda yang pelik. Bak kata orang, geli tapi puas bila tengok!
Sumber Gambar: drpimplepopper.com
Untuk pengetahuan korang, Dr. Pimple Popper ini telah banyak menerima kes-kes yang melibatkan nanah atau cyst kronik seperti lipomas, keloid dan banyak lagi.
Kalau korang teringin nak tengok, jom Madu sharekan video-video daripada Youtube Dr Sandra Lee.
1. Nanah Kelabu Larry
Di dalam episod ini, Dr Sandra Lee memecahkan bonggolan yang dinamakan sebagai ‘Larry’ daripada dada pesakitnya. Apa yang menariknya, nanah yang keluar adalah berwarna kelabu dan bukannya kuning. Pelikkan?
Sumber Gambar: www.ok.co.uk | TLC
Tapi menurut Dr. Sandra Lee, warna kelabu tersebut wujud disebabkan oleh pigmentasi dan ianya merupakan satu perkara yang normal khususnya kepada ‘the people colour’.
2. Blackhead Yang Berumur 55 Tahun
Korang percaya tak bahawa blackhead ini telah berada di pori wanita tersebut selama hampir 55 tahun? Usia blackhead mungkin lagi tua dari Maduners!
Bila blackhead itu berjaya dikeluarkan, Maduners boleh lihat texture-nya keras seperti batu dan saiznya pula agak besar berbanding saiz blackhead yang normal.
3. Nanah Yang Berupa Seperti Tanduk
Wanita ini mempunyai 7 bonggolan cyst di bahagian kepalanya, namun apa yang menarik perhatian Dr Sandra Lee adalah ketulan nanah yang seakan-akan tanduk itu.
Pertama kali Madu tengok cyst berbentuk macam ini! Cuma apa yang merisaukan ianya berpotensi untuk menjadi salah satu sel kanser.
4. Ketulan ‘Batu’ di Bahagian Mata
Hilda, 43 tahun yang merupakan antara salah satu pesakit Dr Sandra Lee mempunyai beberapa ketulan cyst yang hampir menutup bahagian matanya. Cyst dipanggil sebagai Hidrocystomas.
Arghh ngilu tengok! Tahniah kepada Dr Sandra Lee sebab berjaya keluarkan cyst degil di mata Hilda.
5. Ketumbuhan’ Besar di Hidung
Lelaki ini mengalami ketumbuhan rare di bahagian hidung yang dipanggil sebagai rhinophyma.
Sumber Gambar: www.nayakplasticsurgery.com
Kalau nak tahu, keadaan ini terjadi disebabkan kelenjar sebum (minyak) membesar dan akhirnya membentuk bonggolan seperti gambar di atas.
Banyak lagi video-video oleh Dr Sandra Lee yang korang boleh jumpa di Youtube. Maduners boleh explore dan binge-watch sampai rasa puas. Enjoy!