Mahal Giler! Ada Rupanya Baka Kucing Harga Sampai RM460,000! – Manis Madu
Baka-Kucing-Harga-Sampai-RM460,000

Mahal Giler! Ada Rupanya Baka Kucing Harga Sampai RM460,000!

Ingat perabot rumah saja yang mahal, tak sangka rupakan ada beberapa baka kucing yang harganya hampir sama dengan harga nak beli kereta!

#5 Parsi (RM2,000-RM23,500)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Persian Cat Lover (@persian.catlover)

Baka ini tersangatlah comel sebab kebiasaannya baka kucing ini ada bulu yang panjang dan lebat.

 

Tapi ada baka Parsi yang mempunyai bulu yang pendek sebab baka ini terpecah kepada dua iaitu Short Hair dan Long Hair.

 

Kalau dekat Iran, kucing ini dipanggil sebagai Shirazi dan sejarah kucing ini, bakanya telah dikembangkan oleh orang Inggeris selepas Perang Dunia Kedua!

#4 Allerca Hypoallergenic (RM25,000)

Allerca-Hypoallergenic

Sumber Gambar: petspyjamas.com

Baka ini mahal atas satu sebab yang pelik iaitu adalah hasil dari beberapa gabungan genetik kucing yang berlainan.

 

Namun, kesan buruknya adalah ada sesetengah orang memang alergik betul dengan baka jenis ini. Kesian pulak Madu dengan kucing ni, mesti ada orang yang tak boleh sentuh dia kan?

#3 Bengal (RM4,300-RM106,000)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Thor The Bengal (@bengalthor)

Kalau dekat Malaysia, kucing Bengal yang baka tulen ini menunjukkan tahap kekayaan pemilik dia.

 

Baka ini bukanlah baka yang asli tapi merupakan baka campuran diantara kucing domestik dan juga Asian Leopard. Sebab itu corak dia seakan-akan harimau bintang tau.

 

Tapi yang pasti baka ini sangatlah garang dan hanya manja dengan tuan dia sahaja!

#2 Savannah (RM6,000-RM200,000)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nova Cat Clinic (@novacatclinic)

Sama macam Bengal, baka ini pun adalah baka campuran yang diiktiraf. Baka ini mempunyai tahap kepintaran dan juga kepatuhan yang lebih terhadap tuannya daripada anjing.

 

Kucing pun dapat award, pada 2001 baka ini diumumkan sebagai baka berdaftar yang baru oleh The International Cat Association!

#1 Ashera (RM54,000-RM460,000)

Savannah_Cat

Sumber Gambar: Jason Douglas

Aiyo, tengok harga dah boleh beli kereta Mercedes sebiji! Baka ini dikatakan berasal dari kacukan Afrika dan juga Asian Leopard dan nampak macam Bengal tapi bukan.

 

Kucing baka ini dikatakan mempunyai tahap kesetiaan yang paling tinggi terhadap tuannya. Selalunya kucing degil, jadi kalau harga mahal kenalah dengar cakap!

 

Namun baka kucing ashera ini dipertikai kerana dikatakan ianya baka yang sama dengan baka Savannah, cuma bila dijual oleh orang lain dikatakan baka baru, jadi sahih ke tidak baka ini? Masih dalam persoalan.

 

Jadi lepas dah tengok senarai ni, ada angan-angan pelihara koleksi kucing dalam senarai ini? Kenalah mula menabung dari sekarang!

Post a Comment