"Mak! Nak Kahwin!". Rindu Lauk-Pauk Kenduri Kahwin Punya Pasal! – Manis Madu
Rindu-Lauk-Kenduri

“Mak! Nak Kahwin!”. Rindu Lauk-Pauk Kenduri Kahwin Punya Pasal!

Kalau cerita tentang kenduri kahwin, mesti perkara pertama yang kita ingat adalah lauk-pauk kampung kan?

 

Tapi malangnya, kita kembali semula dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini pastinya membuatkan kebanyakan majlis perkahwinan sekali lagi terpaksa ditunda.

 

Dahlah rindu makanan-makanan kenduri, kena tunda pula majlis-majlis kan?

 

Jadi mungkin ada antara Maduners yang dah lupa apa makanan yang popular dekat kenduri-kenduri ini jadi jom kita throwback.

#5 Ayam Masak Merah

ayam-masak-pedas

Ayam masak merah ini sebenarnya ada jerr jual dekat kedai lauk pauk sekarang tapi percayalah, ayam masak merah yang ada di kenduri kahwin sangat lain rasa dan aura dia.

 

Walaupun ada dijual dan senang untuk didapati, tapi ayam masak merah kenduri kahwin memang berbeza dan antara menu wajib yang ada!

#4 Kari Daging Kerbau

kari-daging-kerbau

Mungkin agak berbeza tapi tahu tak sebenarnya kebanyakan daging yang yang digunakan untuk kari di majlis kahwin adalah daging kerbau.

 

Rasanya agak berbeza dari daging biasa kerana ianya lebih liat dan sedapĀ  bila dikunyah.

 

Kebanyakannya daging kerbau ini banyak dijumpai di majlis perkahwinan di kampung-kampung.

#3 Opor Daging

opor

Ya! Ini dia menu yang paling Fazlan rindukan!

 

Opor daging mungkin tak banyak dijumpai di negeri lain selain Pahang.

 

Lagi-lagi di daerah Pekan Pahang, opor daging ini memang menu wajib ada di majlis perkahwinan sekitar kawasan Pekan Pahang.

 

Lauk ini berwarna hitam pekat dan biasanya menggunakan daging kerbau sebagai bahan utama.

#2 Acar Mentah

acar-timun

Serius, acar mentah majlis kahwin sangatlah sedap!

 

Sebab apa, kebanyakannya acar-acar mentah di kampung makcik-makcik yang buat penangannya berbeza.

 

Rasa masam, segar dari buah nenas fuhh sedap gila!

 

Kena pula dengan nasi minyak ayam masak merah memang bertambah nasi jadinya!

#1 Nasi Hujan Panas

nasi-hujan-panas

Kenapa nasi hujan panas ini mendahului carta?

 

Sebab, memang susah dah nak cari nasi hujan panas ini sekarang dan kalau ada pun memang susah nak jumpa.

 

Susah nak jumpa di majlis perkahwinan yang diadakan di hotel-hotel mewah kerana biasanya nasi hujan panas ini akan dihidangkan di kampung-kampung.

 

Kalau ada pilihan nasi putih, nasi minyak dan nasi hujan panas memang Fazlan pilih nasi hujan panas punyalah!

 

Jadi macam mana? Maduners rindu tak dengan lauk-lauk yang Fazlan senaraikan ini?

Post a Comment