Makan Banyak Tetap Tak Naik Berat Badan, Ini 5 Penyebabnya – Manis Madu
Makan Banyak Tetap Tak Naik Berat Badan

Makan Banyak Tetap Tak Naik Berat Badan, Ini 5 Penyebabnya

Selalu kita dengar tentang orang yang memiliki berat badan berlebihan ini sangat struggle nak turunkan berat.

 

Tetapi hal ini lain pula bagi Maduners yang memiliki bentuk badan yang kurus. Pernah tak Maduners fikir bahawa orang kurus juga ada kalanya struggle nak naikkan berat badan sendiri?

 

“Untunglah makan banyak pun tak gemuk-gemuk” perkataan ini sangat sinonim bagi Maduners yang memiliki tubuh badan yang kurus walaupun dah makan banyak tapi masih maintain beratnya.

 

Berat badan susah nak naik boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan. So, hari ini Miera akan kongsikan antara penyebab kenapa agaknya berat badan Maduners susah nak naik!

#Makan Tidak Teratur

suka skip waktu makan

Apa yang dimaksudkan makan tidak teratur di sini adalah Maduners tidak makan ikut masa yang betul atau dengan kata lain anda jenis yang suka skip waktu makan.

 

Percaya atau tidak, orang yang kurus ini kadang-kadang ada satu sikap iaitu  malas nak makan. 

 

Kekurangan waktu makan dalam sehari itulah yang menyebabkan kalori dalam badan berkurang. Sebab itu berat badan susah nak naik dan tabiat ini sangat berbahaya  sebab boleh terkena gastrik.

 

Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam itu sangat penting untuk badan. Jadi, cuba biasakan diri untuk makan ikut waktu yang betul.

#Faktor Genetik

Faktor Genetik

Mengikut kajian yang dibuat sebelum ini, antara salah satu sebab kenapa seseorang itu sukar untuk naik berat badan adalah disebabkan faktor genetik.

 

Faktor genetik bersifat relatif dan berbeza bagi setiap individu sebab itu hasil yang diperoleh juga adalah berbeza.

 

Jadi, jangan pelik kenapa ada orang yang makan seolah dia  macam bela saka pun tetap tak gemuk sebab genetik dia dah memang macam itu.

#Metabolisme Berbeza

Metabolisme Berbeza

Ada sesetengah orang beranggapan bahawa metabolisme yang lambat menyebabkan pertambahan berat badan yang lebih mudah, manakala individu yang memiliki metabolisme yang cepat tidak  akan membuat berat badan bertambah. 

 

Persoalannya sejauh mana kebenaran perkara ini?

 

Memang kita tahu bahawa metabolisme sangat berkait dengan berat badan, tetapi kenyataan yang dibuat berkenaan metabolisme yang lambat dapat buat berat badan bertambah adalah sangat jarang berlaku.

 

Metabolisme adalah proses kimia yang berlaku pada badan untuk ubah makanan yang dah dimakan supaya menjadi tenaga dan zat kepada tubuh.

 

Jadi, sama ada metabolisme cepat atau lambat itu sebenarnya tidak ada kaitan dengan berat badan yang selalu naik atau turun.

#Makan Terlalu Sikit

porsi-makan-sedikit-768x432

Memang tak dapat dinafikan ada sesetengah orang perut dia sangat kecil untuk terima makanan yang banyak kerana perut ini bersifat kenyal seperti getah.

 

Keadaan perut ketika makan sebenarnya boleh mengembang 2 hingga 4 liter untuk muatkan makanan! Sebab itu orang yang makan banyak ini kapasiti perut dia lebih besar berbanding yang makan sikit.

 

Jadi, anda boleh cuba makan sebanyak yang mungkin supaya kapasiti perut korang besar. Mana tahu lepas ini berat badan akan mudah nak naik pula.

#Terlalu Banyak Minum Air Kosong

Terlalu Banyak Minum Air Kosong

Eh! Bukan air kosong bagus ke untuk badan? Ye memang betul. Air kosong ini sangat bagus untuk badan, tapi Maduners kena tahu bahawa air kosong ini tidak mempunyai kalori.

 

Untuk orang yang sedang berdiet sesuai kalau minum air kosong sepanjang hari. Tapi kalau Maduners nak naikkan berat badan, air kosong tidak digalakkan untuk diambil setiap masa.

 

Macam mana pun ini bukan bermakna anda kena minum air manis sepanjang masa! Mungkin sekali sekala boleh minum air yang sihat seperti air buah-buahan tanpa gula atau air kosong yang ditabur chia seed.

 

Terlalu banyak minum air kosong ini boleh menyebabkan Maduners cepat kenyang. 

 

Jadi, secara kesimpulannya dekat sini tak kisahlah anda jenis berisi ke kurus ke yang penting tubuh badan sihat dan mendapat zat yang secukupnya. 

 

Apa yang penting gaya hidup yang sihat mestilah diamalkan lebih-lebih lagi di musim pandemik Covid-19 ini.

Post a Comment