Makan Sayur Terlalu Banyak Membahayakan Kesihatan? Ini Sebabnya! – Manis Madu
Makan Sayur Terlalu Banyak Membahayakan Kesihatan

Makan Sayur Terlalu Banyak Membahayakan Kesihatan? Ini Sebabnya!

Masa kecil-kecil dulu Maduners pernah tak dipaksa makan sayur-sayuran? Maklumlah kanak-kanak antara golongan yang paling susah nak makan sayur.

 

Memang tak dapat dinafikan yang sayur-sayuran ini mempunyai banyak nutrisi dan zat di dalamnya. Tetapi ia tidak bermakna Maduners boleh mengambil sayur-sayuran secara berlebihan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

 

Jadi, hari ini Madu akan kongsikan kepada Maduners semua antara sayuran yang korang boleh makan tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

Bayam

bayam

Bayam adalah sejenis sayuran yang kaya dengan antioksidan serta zat besi yang tinggi. Sayur bayam difahamkan sangat bagus diambil sekiranya Maduners mengalami penyakit anemia.

 

Tetapi, apa yang menyebabkan sayur bayam ini tidak boleh diambil secara berlebihan ialah ia mempunyai oksalat dalam sayur hijau.

 

Untuk pengetahuan Maduners, pengambilan sayuran yang mengandungi kandungan oksalat secara berlebihan boleh menyebabkan pembentukan batu ginjal dalam badan.

 

Bayam juga mengandungi kandungan lutein yang tinggi dan boleh melemahkan otot walaupun sayur itu sudah dimasak berjam-jam.

Brokoli

brokoli

Sebut sahaja brokoli kepala dah terbayang sedapnya kalau dapat makan sup sayur brokoli kan?

 

Brokoli sangat disarankan untuk kanak-kanak kerana dapat mengurangkan risiko kanser di usia yang muda.

 

Tetapi! Ibu bapa disarankan supaya mengawal pengambilan sayuran ini kerana ia juga merupakan salah satu sayuran yang bahaya jika diambil secara berlebihan.

 

Pengambilan sayur brokoli secara berlebihan boleh menyebabkan hipotiroidisme atau tiroid yang rendah. Sebabnya sayur ini mengandung tiosianat yang boleh membuatkan badan Maduners sukar menyerap sodium.

Kimchi

kimchi

Kimchi merupakan salah satu makanan yang berasal dari negara Korea dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kimchi merupakan sejenis sayuran yang berupa acar dan sangat mudah didapati di Malaysia.

 

Kimchi diperbuat daripada sayur kobis, tetapi bahan lain yang dimasukkan bersama kobis untuk dijadikan kimchi sebenarnya agak berbahaya.

 

Maduners perlu tahu bahawa kimchi juga adalah sayuran atau makanan yang kaya dengan sodium. Walaupun ia mempunyai vitamin A, C dan serat probiotik yang baik untuk usus, tetapi ia tetap tidak boleh diambil secara berlebihan.

 

Makanan yang mengandungi banyak sodium boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

 

Kalau Maduners nak makan sekali sekala tak ada masalah, untuk hilangkan mengidam di tekak orang kata, tapi jangan selalu.

Kacang Soya

soya

Kalau bercakap tentang kacang soya, banyak makanan yang dibuat berasaskan soya antaranya ialah tempe, tofu, susu soya dan banyak lagi.

 

Walaupun ia dikatakan baik untuk kesihatan, tetapi tetap tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini kerana pengambilan kacang soya boleh mempengaruhi kemampuan tubuh badan kita untuk menyerap zat besi dengan baik.

 

Kacang soya mengandungi isoflavon yang sama fungsinya dengan estrogen di mana jika ia diambil secara tidak terkawal boleh menyebabkan Maduners mengalami hiperplasia endometrium, proliferasi lapisan uterus dan boleh menyebabkan kanser rahim bagi wanita.

Maduners jangan salah faham, kesemua sayur-sayuran ini bukannya tidak boleh diambil langsung cumanya perlu dikawal pengambilannya.

 

Begitu juga dengan sayur-sayuran yang lain. Jangan disebabkan Maduners terlalu taksub untuk sihat sehingga lupa untuk menyeimbangkan pemakanan korang. Paling penting ingat piramid makanan!

Post a Comment