Makan ulat? Takder Hal Lah. Uniknya Variasi Makanan Sarawak – Manis Madu
Makan ulat? Takder Hal Lah.. Uniknya Variasi Makanan Sarawak

Makan ulat? Takder Hal Lah. Uniknya Variasi Makanan Sarawak

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Bumi Kenyalang, selain terkenal dengan tradisi budaya dan adat yang unik makanan juga menjadi satu identiti kepada negeri ini.

 

Mungkin nama hidangan di Sarawak adakalanya kedengaran agak pelik, namun rasa setiap hidangan yang terdapat di Sarawak memberi 1001 rasa yang begitu mempesonakan.

 

Nak tahu menu apa yang unik, menarik dan sukar didapati di tempat lain? Ini antara menu dan hidangan yang boleh anda cuba jika anda berkunjung ke negeri Bumi Kenyalang:

1. Kelupis

Hidangan pulut yang dibungkus menggunakan daun palas merupakan hidangan wajib setiap kali perayaan disambut di negeri Sarawak. Bukan sahaja boleh dimakan bersama rendang ayam, daging mahupun itik, kelupis boleh dimakan bersama hidangan lauk pauk yang lain.

 

Uniknya kelupis adalah hidangan ini boleh dimakan bersama susu pekat. Untuk menghasilkan kelupis, beras pulut akan dimasak bersama santan terlebih dahulu dan kemudiannya akan dibungkus dengan daun palas dan akan direbus untuk hidangan ini lebih tahan lama.

2. Ulat Mulong

 

View this post on Instagram

 

#ulatmulong

A post shared by DelaNick (@endela) on

Mendengar namanya sahaja sudah cukup untuk menaikkan bulu roma semua. Namun itulah keunikan yang terdapat di negeri Sarawak ini. Ulat Mulong merupakan larva kumbang yang bersarang di dalam pokok rumbia atau pokok sagu yang sudah reput. Ulat ini boleh dinikmati dalam pelbagai jenis masakan samada digoreng bersama kicap, dibuat sup, dicucuk untuk dijadikan sate atau disalai.

 

Selain dihidangkan dengan pelbagai cara masakan, ada juga segelintir penduduk tempatan Sarawak yang gemar menikmatinya mentah kerana dikatakan rasanya yang berlemak seperti hidangan udang.

3. Tumpik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Below5 frugal living✋🏻 (@below_5) on

Tumpik atau nama lainnya dikenali sebagai lemantak yang terkenal dan menjadi makanan utama dalam kalangan masyarakat Melanau suatu ketika dahulu. Ianya dihasilkan dari pokok rumbia atau pokok sagu. Rupa bentuknya yang seakan akan lempeng biasanya dimakan sebagai alas perut sebelum hidangan makanan utama.

4. Udang Cincang Pais

Udang Cincang Pais

Sumber Gambar: akuman999

Bagi masyarakat Kampung Tanjung Asam, menu udang cincang pais merupakan makanan sinonim di kampung tersebut kerana hidangan ini kebiasaannya dibuat pada musim udang dan adakalanya turut dibuat pada hari biasa. Udang yang dicincang sebati bersama nasi dan kemudiannya dibalut dengan pucuk nipah muda. Boleh dimakan begitu sahaja kerana dalam bungkusan tersebut telah dicampur dengan nasi.

 

Uniknya menu udang pais ini, ia hanya menggunakan udang segar dari sungai dan tidak ditambah sebarang perisa tambahan mahupun garam.

5. Umai

Makanan tradisi yang bukan sahaja digemari oleh masyarakat Melanau, namun digemari dan dinikmati oleh keseluruhan masyarakat di negeri Sarawak. Bahan utama untuk membuat umai adalah terdiri daripada makanan laut mentah seperti udang, isi ikan mahupun sotong. Makanan ini boleh disamakan dengan Hinava, makanan tradisi dari Sabah.

 

Diperap bersama air perahan limau, bawang merah yang dihiris serta cili padi bagi menaikkan rasa. Ianya akan ‘dimasak’ secara semulajadi dengan penggunaan air limau di dalam resepi umai ini. Kebiasaan umai dihidangankan bersama nasi putih semasa menjamu selera.

 

Bila anda ke Sarawak nanti jangan lupa untuk mencuba salah satu makanan di atas, feel the love of Sarawakian dishes!

Post a Comment