Makanan Yang Harus Ada Semasa Deepavali. Jom Check It Out! – Manis Madu

Makanan Yang Harus Ada Semasa Deepavali. Jom Check It Out!

Cik Madu pergi ke kedai,

 

Pergi kedai cari ubat gigi,

 

Wahai sahabat handai,

 

Deepavali, Datang lagi!

 

Selain Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri, semestinya rakyat Malaysia menantikan hari Deepavali yang disambut meriah oleh kaum india. Tak meriahlah sesebuah perayaan jika tidak dihidangkan dengan hidangan yang enak kan? Apa yang menariknya kali ini, Cik Madu akan berkongsi beberapa menu yang wajib ada pada hari Deepavali dan mungkin anda boleh mencubanya. Jom! 😊

Tosai

© javarman/Shutterstock

Tosai adalah antara menu utama yang disajikan pada hari pertama perayaan. Walaupun ia boleh didapati dimana-mana terutamanya di kedai mamak, Tosai tetap menjadi makanan yang dinanti-nantikan oleh sanak saudara. Ini kerana terdapat pelbagai jenis Tosai lain yang dimasak mengikut citarasa sesebuah keluarga. Apalah erti Deepavali jika tidak ada Tosai bak kata kawan-kawan India Cik Madu. Kan? Selain Tosai kosong, ada juga yang membuat Tosai Bawang, Tosai Masala dan lain-lain lagi yang dimakan bersama coconut chutney.

Muruku

Sumber Gambar: Friedchillies

 

Siapa yang tidak pernah rasa keenakan Muruku tersangatlah rugi. Cik Madu pun suka! Muruku bukan saja makanan kegemaran kaum India malah kaum-kaum lain di Malaysia dan menjadi salah satu snek tradisional yang dijamah tidak kira pagi, tengahari, petang mahupun malam. Kerangupan dan rasa lemak enak Muruku membuatkan Cik Madu tidak henti mengunyah.

Kuih Ladhu

Sumber Gambar: Expatgo

 

Peminat Bollywood mesti pernah lihat kuih Ladhu kan? Ye betul, kuih Ladhu juga sangat populardan permintaan kuih ini meningkat pada setiap tahun perayaan Deepavali. Rasanya yang manis dan ramuannya yang padat dengan tepung kuda, buah ceri, buah gajus, pewarna, kismis, minyak sapi dan garam membuatkan kuih Ladhu ini menjadi kuih tradisi kaum India.

Idhili

Sumber Gambar: Latesthealthtipsrecipes

 

Setiap keluarga mempunyai cara masakan Idhili yang unik dan tersendiri. Idhili adalah makanan sampingan yang dihidangkan bersama kuah “sandhini” atau kari ayam, kari dal dan sebagainya. Makanan ni ialah makanan favourite Cik Madu tau! Tak cuba, tak tahu. Harus try okay?

Kuih Rawa Urundai

umber Gambar: Mycookingjourney.com

 

Hidangan jenis “manisan” sangat signifikan dan terkenal dengan kaum India. Tetapi, kuih rawa urundai ini merupakan manisan yang agak kurang manis. Kurang sikit blood sugar Cik Madu! Hihi.. Kuih ni diperbuatkan menggunakan tepung sugi, gula, garam, buah pelaga, minyak sapi dan buah kismis.  Dengar macam kurang menarik kan? Tapi bila sekali rasa, mesti nak lagi! 😊

 

Semua menu diatas Cik Madu dah pernah rasa. Walaupun berlainan bangsa, Cik Madu tetap menantikan hidangan-hidangan tersebut semasa Hari Deepavali.

 

Dikesempatan ini, Cik Madu ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambut. Inilah masanya anda menziarahi rumah terbuka yang diadakan oleh kaum India untuk merasa makanan-makanan tradisi mereka. Happy Deepavali guys!

Post a Comment