Makin Kelam? Masa Depan Tasik Chini Kini Terumbang-Ambing – Manis Madu
Masa Depan Tasik Chini Kini Terumbang-Ambing

Makin Kelam? Masa Depan Tasik Chini Kini Terumbang-Ambing

Tular baru-baru ini di media sosial menunjukkan keadaan Tasik Chini yang semakin nazak akibat aktiviti perlombongan yang dilakukan.

 

Menurut Harian Metro, sehubungan dengan itu aktivis alam sekitar, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pahang menghentikan segala aktiviti perlombongan dan pembalakan di kawasan Tasik Chini, tasik semula jadi kedua terbesar Malaysia itu dengan serta merta.

 

Presiden kelab terbabit iaitu Meenakshi Raman merasakan hanyalah kerajaan negeri yang mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap aktiviti haram itu sama ada mahu diteruskan atau dihentikan.

 

Tindakan lain seperti empangan yang terdapat disitu juga perlu dirobohkan kerana ia sangat mengganggu ekosistem Tasik Chini.

 

“Tindakan selanjutnya, SAM turut menggesa kerajaan negeri mewartakan keseluruhan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan perlindungan kerana ia satu daripada kawasan sensitif alam sekitar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan komitmen terhadap isu berkenaan, turut dikhuatiri pengisytiharan Tasik Chini sebagai rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), pada Mei 2009, berkemungkinan akan ditarik balik.

 

Rentetan itu, pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang memberi respon bahawa tahap air tasik di situ masih lagi baik untuk kehidupan flora dan fauna di kawasan terbabit.

 

Isu berkenaan Tasik Chini ini mula mendapat perhatian masyarakat apabila sebuah gambar yang menunjukkan keadaan terkini tasik tersebut yang sangat menyedihkan dikatakan akibat dari aktiviti perlombongan dan pembalakan.

 

Ianya menimbulkan pelbagai tanda tanya dan menimbulkan pelbagai reaksi termasuk Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa ia gambar lama yang dirakam dua tahun lepas.

 

Sumber Gambar : malaysiakini

Post a Comment