Maksud Huruf R Dan TM Di Sebalik Logo? Ini Penjelasannya
Siapa sahaja yang tidak familiar dengan perkataan logo terutamanya bagi peniaga dan usahawan di luar sana. Kalau sebut pasal logo mesti dalam kepala korang boleh membayangkan macam-macam logo yang ada kan?
Antara logo yang agak sinonim bagi kita rakyat Malaysia ini ialah seperti McDonald’s, KFC, Domino’s Pizza, Adidas, Puma dan banyak lagi.
Tapi pernah tak Maduners perasan ada huruf kecil yang tertulis R dan TM disebalik logo? Dan pernah tak anda tertanya apa maksud dua huruf kecil itu?
Jadi, bagi menjawab persoalan itu, hari ini Miera akan kongsikan dengan Maduners semua tentang maksud R dan TM yang ada di sebalik logo dan juga acara nak mendaftarnya.
Sebelum itu korang perlu tahu yang Malaysia ini ada tiga jenis protection berkaitan logo. Pertama ialah Pattern. Pattern merupakan reka bentuk sesuatu objek sebagai contoh reka bentuk iPhone atau reka bentuk tudung.
Kedua ialah Trademark. Trademark ini biasanya dikenali sebagai logo atau brand contohnya brand Maggi dan yang terakhir ialah copyright. Kalau copyright ini dia adalah hak cipta dan melibatkan karya seseorang sebagai contoh lagu atau syair.
Sekarang kita beralih pula pada simbol dan perbezaan antara dua huruf kecil pada logo iaitu TM dan R.
Lambang Kecil TM
Sumber : Facebook
Lambang kecil TM pada logo bermaksud Maduners hanya berdaftar dengan MyIPO (Malaysia Intellectual Property) tetapi belum mempunyai hak sepenuhnya ke atas nama brand yang didaftarkan.
Lambang Kecil R
Sumber : Subway
Sumber : McDonald‘s
Untuk lambang R pula bermaksud korang berdaftar dan sudah pun mempunyai hak sepenuhnya ke atas nama brand yang didaftarkan.
Lambang R yang korang dapat itu sudah pun mempunyai hak undang-undang jika ada syarikat lain yang nak tiru nama brand anda.
Senang cerita, untuk memudahkan lagi untuk faham ialah lambang TM ibarat lesen P untuk kereta dan lambang R ibarat lesen penuh untuk kereta.
Kalau nak dapat lesen penuh kena dapat P dulukan? Jadi prosesnya adalah sama.
Untuk cara mendaftar Trademark pula yang pertama sekali korang kena daftar dulu nama brand. Korang boleh pergi ke MyIPO di Menara UOA, Bangsar.
Bawalah dokumen-dokumen yang berkaitan seperti SSM syarikat, Logo brand yang dah siap print di kertas dan lain-lain untuk membolehkan anda mengisi borang.
Lepas dokumen sudah diisi Maduners perlu membuat akad sumpah di Suruhanjaya Akad Sumpah dan secara rasminya anda dah boleh dapat lesen TM!
Kalau tak ada apa-apa masalah, untuk dapatkan R anda perlu tunggu surat pengesahan dari My IPO dan brand anda secara rasminya sudah dilindungi oleh pihak kerajaan.
Haa, senang jer kan nak daftar Trademark, yang penting ada ilmu. Jadi lepas ini kalau ada sesiapa yang tanya berkenaan logo dan cara nak dapatkannya anda bolehlah kongsikan.
Benda baik kenalah share. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada Maduners semua!