Malang Tak Berbau! Wanita Jadi Mangsa Samun Di Hadapan Rumah Sendiri – Manis Madu
Malang Tak Berbau! Wanita Jadi Mangsa Samun Di Hadapan Rumah Sendiri

Malang Tak Berbau! Wanita Jadi Mangsa Samun Di Hadapan Rumah Sendiri

Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Pernyataan tersebut sesuai bagi menggambarkan satu situasi yang menimpa seorang wanita yang disamun ketika menunggu dalam keretanya di hadapan rumah. Depan rumah pun jadi mangsa!

Menurut laporan, pihak polis telah mengesahkan insiden nasib seorang wanita yang menjadi mangsa samun di Pandamaran Jaya, Klang baru-baru ini.

 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kes samun oleh dua lelaki menaiki motosikal.

 

“Kejadian berlaku pada 7 Oktober lalu jam lebih pukul 7 malam semasa mangsa seorang perempuan Melayu berada di dalam kenderaan di hadapan rumahnya yang beralamat di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

 

“Tiba-tiba mangsa telah didatangi oleh seorang lelaki memakai baju t-shirt berwarna putih sebelum terus membuka pintu kereta kereta dan mengambil beg galas mangsa yang mengandungi dompet, tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai bernilai RM300,” katanya.

 

Tambah Shamsul Amar, suspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah motosikal yang ditunggang oleh rakannya.

 

Menurut beliau, jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM2, 000.

 

“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada ASP Zamrus bin Zakaria (019-6892777) atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Post a Comment