Malaysiaku Nan Indah – Manis Madu
Malaysiaku Nan Indah

Malaysiaku Nan Indah

Maduners semua mesti sedang dilanda kebosanan semasa musim kuarantin, kan? Jangan risau, sejujurnya Madu pun sama jer macam korang.

 

Baiklah, hari ini Madu akan bercerita sikit tentang keindahan negara kita ini. Sebenarnya, demi menilai sesuatu keindahan, ia sangat subjektif dan berbeza antara seseorang individu dengan yang lain. Bak kata pepatah Inggeris;

 

“Beauty is in the eyes of the beholder”, kan?

 

Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan juga etnik yang unik belaka.

1. Etnik Borneo

Untuk pengetahuan Maduners, Borneo merupakan pulau ketiga yang terbesar serantau Asia. Kalau anda semua nak lebih senang faham, negeri Sabah, Sarawak dan Labuan merupakan sebahagian dari Borneo.

Haa, tengok ini! Sekali pandang pun boleh jatuh cinta dengan kecantikan peserta Ratu Etnik Bajau Borneo 2017, Amy Dzulaiqha.

WARISAN ETNIK DUSUN

Sumber Gambar: Borneo.net

Bajau merupakan salah satu daripada kumpulan etnik yang terdapat di Borneo. Secara jujurnya, Madu sangat kagum apabila melihat etnik-etnik Borneo memperagakan pakaian tradisi mereka.

2. Kaum India

Seperti yang kita dapat perhatikan bertahun-tahun di negara kita, kaum India selalu menyambut perayaan kaum mereka secara besar-besaran seperti sambutan hari Deepavali, Thaipusam dan lain-lain.

Antara hari perayaan yang Madu rasa terserlah keunikan dan keindahannya ialah sambutan hari Deepavali, ataupun Pesta Cahaya. Perayaan ini sangat menarik minat Madu kerana kaum India ada meletakkan unsur seni dalam sambutan tersebut.

Sumber Gambar: mitra.gov.my

Terdapat pelbagai ilustrasi sesebuah kolam yang digunakan oleh mereka, dan Madu rasa ia merupakan sebuah hiasan yang menakjubkan dan semestinya memerlukan kemahiran first-class untuk menjayakannya.

3. Kaum Cina

Kaum Cina juga merupakan kumpulan etnik yang kedua terbesar di tanah air kita.

 

Keindahan kaum Cina terletak kepada juadah tradisi mereka.Sudah semestinya makanan tradisi yang dihidangkan dan dikongsikan bersama masyarakat merupakan keunikan kaum mereka.

mooncake

Antara hidangan yang popular ialah kuih bulan, dumpling dan juga char kuetiau. Hmm, dengar nama makanan pun terliur dibuatnya!

4. Kaum Melayu

Bagi kaum Melayu pula, ia merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Malaysia. Antara keunikan yang menyerlah oleh kaum Melayu ini ialah dengan warisan seni.

batik

Kalau seni batik, ia digunakan untuk pakaian. Berbeza dengan seni ukiran pula, kerana ia banyak digunakan dalam hiasan dalam pembinaan rumah, perabot dan pelbagai lagi.

5. Bangsa Serani

Serani merupakan satu bangsa di Malaysia yang lahir daripada perkahwinan di antara tentera Portugis dan orang Malaysia sendiri.

 

Apabila kita faham tentang asal usul bangsa Serani, automatik kita dapat kenal pasti yang mereka ini lain daripada yang lain. Mana tidaknya, kacukan tau!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

Maduners semua tahu tak Hans Isaac sebenarnya berketurunan Serani? Kalau anda semua nak tahu, bapa kepada Hans Isaac berketurunan India-Serani.

6. Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya merupakan sebahagian dari kaum Cina, akan tetapi, segelintir daripada mereka tidak mengaku mereka merupakan orang Cina. Kebanyakan daripada mereka bertempat dia Negeri-negeri Selat, spesifiknya di Melaka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 向云Xiang Yun’s Official Account (@xiang_yun_) on

Wah, cantik manis betul etnik Baba dan Nyonya ini. Walaupun mereka hanyalah golongan minoriti di Malaysia, identiti mereka kekal hingga ke hari ini.

 

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya saling menghargai antara satu sama lain. Hal ini kerana tanpa rakyat yang berbilang kaum, Malaysia tidak mungkin seindah sekarang.

Post a Comment