Malulah Ada Biji-Biji Halus Di Hidung, Kurangkan Tiny Bump 5 Dengan Ikut Cara Ini! – Manis Madu
Malulah Ada Biji-Biji Halus Di Hidung, Kurangkan Tiny Bump 5 Dengan Ikut Cara Ini!

Malulah Ada Biji-Biji Halus Di Hidung, Kurangkan Tiny Bump 5 Dengan Ikut Cara Ini!

Masalah biji-biji halus di bahagian hidung memang tidak seteruk blackhead dan whitehead tapi kalau boleh kurangkan, buat apa nak simpankan?

Evidence-Based_269e39f1-1100-4ba4-8d7a-5b9276747975_1024x400 (1)

Biji-biji halus ini dikenali sebagai Sebaceous Filaments dan ia adalah normal sebenarnya. Maduners boleh cuba cara di bawah ini untuk kurangkan Sebaceous Filaments daripada kelihatan.

1. Kandungan Bahan Salicylic Acid

jocelyn-morales-JiqTLjzEH18-unsplash (1)

Madu rasa korang semua dan sedia maklum tentang kebaikan bahan Salicylic Acid inikan? Selain mampu mengatasi masalah jerawat, bahan ini juga sangat bagus untuk membersihkan pori-pori kotor korang.

 

Banyak dah produk penjagaan kulit yang kini ada bahan seperti salicyic acid, tinggal Maduners pilih yang bersesuaian dengan kulit muka!

 

Salicylic Acid boleh meresap jauh ke dalam kulit anda untuk melakukan pembersihan yang mendalam dekat kulit muka kita! Jadi bila kita pakai produk penjagaan kulit muka yang lain akan  lebih mujarab untuk menyasarkan jerawat terutamanya untuk blackhead dan whitehead.

 

Sebaik sahaja Salicylic Acid menembusi kulit, ia akan melnghilangkan kotoran-kotoran yang menyumbat liang-liang pori di kulit muka, bertindak sebagai anti-radang, dan juga membantu meredakan jerawat merah yang meradang dan pustula hilang dengan lebih cepat!

2. Double Cleansing Setiap Hari

praveen-kumar-mathivanan-vy1oY6ET11U-unsplash (1)

Bukan orang yang memakai solekan sahaja perlu lakukan double cleansing tetapi memang sepatutnya termasuk dalam sebahagian daripada rutin penjagaan kulit. Tak sampai 10 minit pun nak buat double cleansing, kena rajin bestie!

 

Double Cleansing bukan sahaja bertujuan untuk memberikan pembersihan yang lebih menyeluruh, tetapi ia juga boleh bantu segarkan  semula kulit yang kusam dan membolehkan produk penjagaan kulit lain meresap dengan lebih berkesan.

 

Yang pastinya untuk mereka yang jenis kulit kering, double cleansing SANGAT SANGAT PENTING sebab akan memberikan kelembapan berganda kepada kulit muka Maduners.

3. Produk Mengandungi Niacinamide

Lagi satu bahan famous dan terbaik untuk kulit! Pastikan cari skincare yang ada bahan ini ya. Confirm boleh kurangkan biji-biji manja di hidung korang.

 

Niacinamide membantu bina sel dalam kulit sambil melindunginya daripada terdedah dengan persekitaran yang tidak bagus, seperti cahaya matahari yang melampau, pencemaran, dan toksin. 

 

Niacinamide juga merawat jerawat dan membantu untuk  mengurangkan jerawat yang teruk, terutamanya jerawat yang berbentuk keradangan seperti papula dan pustula.

4. Gunakan Clay Mask 2-3 Kali Seminggu

towfiqu-barbhuiya-0BEqLfQwVzM-unsplash (1)

Clay mask memang bagus untuk singkirkan sel kulit mati dan juga excess sebum. Maduners boleh pilih dan beli clay mask yang sesuai dengan kulit korang. 

 

Gunakan clay mask 2-3 kali seminggu dan jangan lupa untuk hydrate kulit selepas guna kerana penggunaannya agak mengeringkan wajah.

 

Clay mask berpotensi untuk menyerap minyak daripada kulit muka anda dengan sangat baik dan mencegah jerawat yang ringan, whitehead dan blackhead. Jenis jerawat ini terbentuk apabila pori-pori anda tersumbat dengan kotoran dan minyak yang berlebihan.

5. Hidrasi! Hidrasi! Hidrasi!

fleur-kaan-w4Dj3MshHQ0-unsplash (1)

Haa, ini point penting girls! Kunci untuk mendapatkan kulit yang licin dan mulus ialah hydration. 

 

Tak kisahlah jenis kulit korang apa, apa yang penting adalah sentiasa pastikan muka sentiasa lembap. Carilah moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit dan bila muka korang cukup hydrate, confirm tiny bump akan berkurangan!

 

Nak jaga kulit muka tak la terlalu susah kalau kita ada ilmu. Lepas dah ada ilmu, konsisten dengan rutin penjagaan wajah korang. Haa, segala cacat cela di muka pasti akan berjaya diatasi.

Post a Comment