Mampukah Siti Sarah & Syamel Memukau Pada Episod Pertama Suria Duo X? – Manis Madu

Mampukah Siti Sarah & Syamel Memukau Pada Episod Pertama Suria Duo X?

Suria FM bakal gegarkan dunia digital anda dengan program Suria Duo X yang akan bersiaran menerusi platform digital bermula 11 September ini.

HERO-BANNER_SURIA-DUO-X-768x432

Perkara paling best pasal Suria Duo X yang korang terwajiblah kena tahu adalah program ini akan ada gabungan penyanyi lama bersama penyanyi baru yang akan buat persembahan menggunakan  lagu duet yang diubah gubahan muziknya.

 

Maduners bayangkan sajalah macam mana akan letopzzznya persembahan semua nanti dengan gabungan terhebat abad ini, githewww!

SYAMEL-SITISARAH-768

Antara penyanyi yang akan berduet bersama dalam Suria Duo X nanti, kita ada gandingan Siti Sarah & Syamel, Azlan The Typewriter & Ara Johari dan Ezad Lazim & Aina Abdul.

 

Tapi ikut episod tau kemunculan duet semua ini, jadi kalau nak tengok semua duet punya persembahan kenalah stay tune dengan semua episod!

Gandingan pertama iaitu Siti Sarah dan Syamel merupakan duo yang mantap dalam genre balada dan gandingan seterusnya kita ada Azlan The Typewriter dan Ara Johari yang terkenal dengan vokal bernada tinggi.

Gandingan ketiga Ezad Lazim dan Aina Abdul yang menjanjikan gabungan diantara muzik 90-an dan muzik terkini.

 

Episod pertama Suria Duo X pada 11 September, jam 9.00 malam akan menampilkan duet antara Syamel & Siti Sarah.

 

Maduners boleh tonton secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV. Mudahkan boleh tonton live terus dekat Youtube Suria TV.

SURIA-DUO-X

Sekejapppppppp! Simpan berita baik paling terakhir sekali! Peminat juga berpeluang memenangi sebahagian wang tunai RM10,000 dan rebut peluang menyanyi bersama duet pilihan korang di pentas Finale Suria Duo X pada 9 Oktober 2020!

 

Mudah saja nak join, hanya perlu rakam ‘cover’ lagu duet kumpulan Maduners paling minat dan muat naik  di Instagram masing-masing.

 

Lagu duet boleh dapat di laman web suria.my selepas persembahan setiap minggu program Suria Duo X.

 

Tapi jangan lupa untuk tag @suriamalaysia dan guna hashtag #suriamalaysia #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan.

 

Apa tunggu lagi! Terus set time & date untuk episod pertama 11 September, jam 9.00 malam!

Post a Comment