Mana Satu Pilihan Hati? GrabFood atau Foodpanda – Manis Madu

Mana Satu Pilihan Hati? GrabFood atau Foodpanda

Untungnya kita dizaman ini, kalau lapar, hanya dengan beberapa sentuhan jari di smartphone, makanan sedia dihantar. Semudah ABC gituzz.

 

Kali ini, Madu nak kongsikan 5 aplikasi makanan yang berbaloi untuk pilihan Maduners.

 

Jom tengok mana tahu ada yang menarik perhatian korang.

1. GrabFood

GrabFood

Dulu aplikasi penghantaran makanan ni cuma ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Tapi, sekarang ni GrabFood sudah berkembang ke beberapa kawasan lain seperti Kuantan, Johor dan Terengganu.

 

Caj penghantaran yang dikenakan oleh GrabFood bermula daripada RM4 dan sehinggalah RM9 mengikut kawasan penghantaran. Cakap saja nak makan, minum apa, semua ada.

2. Foodpanda

Foodpanda

Dulu aplikasi ni warna oren. Tapi selepas mereka buat penjenamaan semula, kini logo Foodpanda bertemakan warna pink. Nampak comel di situ ya!

 

Apa yang best tentang Foodpanda, mereka satu-satunya yang menawarkan Cash on Delivery (COD) atau dalam bahasa mudah, terima bayaran sewaktu makanan tiba.

 

Kejappppp! Dah separuh jalan sembang pasal aplikasi penghantaran makanan terbaik untuk korang muat naik ini, baik korang tonton dulu sekejap video terbaru daripada Youtube Manis Madu yang sembang pasal GrabFood Vs Foodpanda!

 

Jom, laju-laju tengok dan sambung balik baca artikel ini!

3. dahmakan

dahmakan

Kadang-kadang Madu rasa nak makan healthy food, aplikasi ini akan jadi pilihan Madu. Kalau Maduners rasa nak cheat-day, tapi nak makan yang sedap, boleh order menggunakan dahmakan.

 

Setiap hari menu yang disediakan berbeza untuk mengelakkan pelanggan berasa bosan. Tapi yang menjadi kurang sedikit adalah, dahmakan hanya beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

4. Mammam

Perkara yang menarik perhatian Madu mengenai aplikasi ini, mereka lebih fokus kepada makanan berkonsepkan Asia.

 

Mereka masih lagi dalam proses mendapatkan sijil Halal Malaysia. Namun, segala bahan yang digunakan disahkan halal. Jadi mereka yang nak rasa Asian Cuisine boleh terus guna aplikasi Mammam.

5. DeliverEats.my

DeliverEats

Kalau Maduners nak tahu, ini merupakan aplikasi pertama bertapak di utara Malaysia pada tahun 2012 dan kini mereka dah melebarkan sayap ke Lembah Klang.

 

Mereka bekerjasama hampir 800 restoran untuk memberikan variasi makanan kepada pelanggan mereka. Madu pun jadi rambang mata kalau nak order guna aplikasi ni.

Senarai yang Madu buat di atas di adalah berdasarkan pendapat peribadi Madu sendiri. Tidak ada kaitan dengan mana mana syarikat yang berkaitan pun. Kita ada pandangan masing-masing kan.

 

So, Maduners lebih bijak dalam memilih aplikasi makanan terbaik untuk diri Maduners. Yang penting jangan biarkan diri kita lapar. Gituu.

Post a Comment