Mandi Dengan Air Suam Lebih Mudah Kentut? 6 Cara Untuk Legakan Sakit Perut! – Manis Madu
Mandi Dengan Air Suam Lebih Mudah Kentut_ 6 Cara Untuk Legakan Sakit Perut! (1)

Mandi Dengan Air Suam Lebih Mudah Kentut? 6 Cara Untuk Legakan Sakit Perut!

Kentut dan sendawa merupakan antara cara melepaskan angin dalam badan secara semula jadi.

 

Namun, ada kalanya pengumpulan gas dalam tubuh boleh menyebabkan perut kembung dan sakit. Bayangkan kalau nak kentut atau sendawa tapi tak boleh, sakit kan!

 

Haa, apa kata Maduners ikut tip di bawah untuk senang buang angin dalam badan. Mesti badan rasa lebih ringan dan tak sakit lagi.

Yoga

oksana-taran-xB4ExGcUai0-unsplash (1)

Maduners boleh cuba melakukan beberapa teknik yoga jika mengalami kesukaran untuk buang angin. Antara posisi yang disarankan ialah Child Pose dan Happy Baby Pose.

Cuba Bergerak Atau Berjalan Lebih Banyak

sincerely-media-R_Vkw9YC_U8-unsplash (1)

Bila rasa perut masuk angin dan tidak selesa, cuba banyakkan pergerakan dan berjalan lebih banyak. Cara ini sangat praktikal untuk redakan sakit perut.

Mandi Dengan Air Suam Atau Panas

cloris-ying-WfJUFG3opyo-unsplash (1)

Selama ini kita tahu kalau demam jerr kena mandi untuk turunkan suhu rupanya kalau angin degil tak nak keluar dari badan pun boleh diatasi dengan mandi. Bezanya mandi dengan air suam atau panas.

Sapu Minyak Angin Atau Pati Pada Perut

christin-hume-0MoF-Fe0w0A-unsplash (1)

Madu percaya, ini adalah petua yang paling ramai amalkan! Ada banyak minyak angin yang korang boleh gunakan untuk redakan sakit perut. Tak kira apa-apa jenis minyak, asalkan boleh bantu selesaikan masalah korang.

Urut Perlahan Perut & Abdomen

Bila dah sapu minyak angin, urut perlahan perut dan abdomen untuk keluarkan angin dalam perut dan juga badan. Haa, dua-dua cara ini memang best combo!

Pengambilan Probiotik

towfiqu-barbhuiya-w8p9cQDLX7I-unsplash (1)

Probiotik merupakan bakteria ‘baik’ kerana memberi kesan positif apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Sekarang ini banyak jenis suplemen probiotik dijual dan Maduners boleh dapatkan di farmasi.

 

Pengambilan probiotik sebenarnya membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus yang menambah baik kesihatan penghadaman dan kesihatan secara menyeluruh.

 

Bila perut rasa tak sedap kerana terlalu banyak angin, Maduners cubalah lakukan langkah-langkah yang Madu senaraikan di atas. Mungkin salah satu daripadanya dapat membantu selesaikan masalah korang!

Post a Comment