Mandi Minyak Untuk Sambutan Hari Deepavali? 5 Perkara Lazim Yang Dilakukan Sewaktu Sambutan Ini
Maduners bila dengar pasal Deepavali, mesti terbayang kemeriahan sambutan, warna-warni pakaian, pelbagai jenis makanan dan dekorasi yang ada ketika Deepavali kan?
Kalau Maduners nak tahu, Deepavali lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ dan sudah tentu sambutan ini disambut oleh masyarakat India beragama Hindu dan Sikh. Cahaya digunakan sebagai simbolik kebaikan akan mengatasi kejahatan.
Memang Maduners tahu setiap tahun ada sambutan Deepavali, tapi tahu tak rutin kaum India masa hari Deepavali itu sendiri? Kalau nak tahu mereka ada rutin tertentu yang perlu diikuti masa hari tersebut!
#1 Melakukan Sembahyang Kecil Di Rumah
Jangan ingat kaum India akan sembanyang di kuil terus, sebab mereka akan ada upcara sembahyang kecil terlebih dahulu di rumah mereka!
Upacara sembahyang kecil di rumah ini dilakukan malam sebelum hari Deepavali dan dilakukan dalam kalangan keluarga terdekat sahaja. Upacara ini dilakukan untuk memperingati datuk, nenek dan moyang yang telah meninggal dunia.
#2 Mandi Minyak
Sumber Gambar: perayaankaumindia.blogspot.com
Haa! Bahagian ini Madu yakin mesti ada dalam kalangan Maduners yang tak tahu tentang tradisi mereka yang satu ini. Di pagi hari Deepavali, penganut Hindu akan mandi dan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian badan dan semangat.
Minyak akan disapukan di atas kepala setiap ahli keluarga mereka dan mengikut kepercayaan mereka, kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki.
#3 Mengunjungi Sanak Saudara
Seterusnya, mereka akan mengunjungi sanak-saudara dan rakan-rakan. Rumah terbuka juga dibuat untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan ini. Tapi tahun ini sudah tentu sedikit berbeza disebabkan oleh pandemik Covid-19, Madu nasihatkan untuk tidak berkunjung ke rumah sanak saudara jauh, boleh untuk berkunjung ke rumah sanak-saudara terdekat tetapi pastikan amal SOP dengan baik.
#4 Menyiapkan Kolam
View this post on Instagram
View this post on Instagram
‘Kolam’ merupakan salah satu tarikan utama ketika sambutan Deepavali. Maduners perasan tak? Terdapat pelbagai jenis corak dan warna yang menghiasi hiasan kolam di pintu masuk rumah mereka.
Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi turun-temurun. Walaupun susah, tetapi penganut Hindu boleh menghasilkannya dengan cantik dan unik. Hiasan kolam ini juga merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan ‘kolam’ di pintu masuk rumah mereka.
#5 Memasang Pelita
Untuk pengetahuan Madu, pelita adalah simbolik bagi penganut Hindu. Ia melambangkan kejayaan mengatasi kejahatan. Mereka percaya bahawa dengan memasang pelita, kecerahan dapat mengatasi kegelapan. Kebaikan dapat mengatasi kejahatan dan keadilan mengatasi kezaliman.
Masa Deepavali ada tradisi seperti berkunjung ke rumah sanak saudara sudah biasa atau sama dengan perayaan lain, tapi adat atau tradisi seperti mandi minyak masih ramai rakyat Malaysia yang tak tahu!
Madu nak ucapkan Selamat Hari Deepavali dan jangan lupa amalkan SOP dengan baik!
~Stay Safe Maduners~