Manisnya Senyuman! 3 Atlet Wanita Ini Sentiasa Menjadi Buah Hati Rakyat Malaysia! – Manis Madu
Manisnya Senyuman! 3 Atlet Wanita Ini Sentiasa Menjadi Buah Hati Rakyat Malaysia!

Manisnya Senyuman! 3 Atlet Wanita Ini Sentiasa Menjadi Buah Hati Rakyat Malaysia!

Ingat tak dahulu bagaimana rasanya begitu gemuruh melihat permainan Datuk Lee Chong Wei? Rasa macam kita pula yang bermain! Tapi bila Datuk Lee Chong Wei menang, rakyat Malaysia melompat kegembiraan dan terukir senyuman di muka masing-masing. 

 

Sama juga dengan bila kita lihat atlet wanita kita bersaing untuk membanggakan negara Malaysia, rasa macam kakak & adik-adik kita senang berjuang nak dapatkan pingat untuk Malaysia!

 

Yang mungkin korang tak sedar, atlet wanita Malaysia ketika bersaing atau naik ke podium, senyuman mereka begitu manis, kita sekali ikut senyum bersama! Jom kita tengok atlet wanita Malaysia yang ada senyuman ‘killer’ yang boleh buat anda cair!

Farah Ann Abdul Hadi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Ann OLY (@farahann94)

Atlit wanita yang sentiasa berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan senyumannya, yang pertama sekali kita ada Farah Ann Abdul Hadi!

 

Dalam dunia gimnastik, kita dapat lihat memang atlet-atletnya harus senyum, tetapi senyuman Farah Ann boleh dianggap antara senyuman paling manis dalam dunia gimnastik!

 

Namun, baru-baru ini Farah mengumumkan pengunduran dirinya dari sukan gimnastik, satu kehilangan yang besar tetapi semoga Farah berjaya dengan haluan barunya! We will miss your smile!

Nur Dhabitah Sabri

Kecil molek saja tetapi kehadiran dirinya akan sentiasa disedari sebab orang ramai memang tak boleh elak dari melihat senyuman manis Nur Dhabitah Sabri!

 

Nur Dhabitah Sabri merupakan seorang atlet penerjun negara. Mungkin artikel ini berfokuskan kepada senyuman Nur Dhabitah tetapi jangan pandang dia sebelah mata kerana dia membuat kemunculan pertamanya di sukan Olimpik pada usia 17 tahun. 

 

Masih ingat tak senyuman viral Nur Dhabitah? Terus cair rakyat Malaysia!

Steffi Sarge Kaur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Steffi Sarge Kaur (@steffisidhu)

Steffi Sarge Kaur antara atlet wanita yang menyerlah dalam sukan bola yang didominasi para lelaki! 

 

Who run the world? Girl! Steffi mungkin boleh jadi lebih bagus daripada beberapa atlet lelaki dalam sukan bola!

 

Gadis yang berkacukan Chinese + Punjabi + Siamese ini sangat fokus bila bermain bola tetapi bila senyum, yang lain mungkin akan terikut senyum!

 

Bercakap pasal atlet wanita dalam sukan, korang memang tak mahu terlepas dengan acara-acara sukan berprestij yang akan tiba tak lama lagi ada SEA Games, FIFA, Premier League dan banyak lagi!

Post a Comment