Margaret Zhang, Ketua Editor Paling Termuda Dilantik Vogue Pada Usia 27 Tahun! – Manis Madu
Margaret Zhang Ketua Editor Paling Termuda Dilantik Vogue

Margaret Zhang, Ketua Editor Paling Termuda Dilantik Vogue Pada Usia 27 Tahun!

Margaret Zhang, seorang wanita berbangsa China kelahiran Australia adalah ketua editor baru di Vogue China di usia 27 tahun! Dia juga merupakan Editor-In-Chief (EIC) termuda di Vogue.

Margaret Zhang menggantikan Angelica Cheung, EIC Vogue China yang telah berkhidmat selama 16 tahun di majalah itu. Perlantikan Zhang juga menandakan perubahan generasi dan strategi dalam bidang fesyen.

 

Ketua editor dan pengarah editorial global Vogue dan ketua pegawai kandungan global Condé Nast, Anna Wintour, berkata: “Saya sangat gembira kerana Margaret adalah ketua editor baru kami di Vogue China. Melihat kepada pengalaman dia di peringkat antarabangsa, kepakaran digital pelbagai platform dan minat yang luas adalah kombinasi sempurna untuk memimpin Vogue China di masa depan.”

 

Kehadiran Zhang sebagai editor baru disifatkan sebagai perkara yang luar biasa kerana kebolehan yang dimilikinya. Antara kemahiran yang dimiliknya ialah sebagai jurugambar, pengarah kreatif, stylist, penulis dan model.

“Vogue merupakan sebuah legasi yang telah bertahan lebih 125 tahun di Amerika. Ia mempunyai daya tarikan budaya yang signifikan,”

 

“Tugas baru ini adalah peluang yang luar biasa untuk menggabungkan latar belakang, kemahiran, dan minat saya.” Menurut Zhang.

Post a Comment